Nakama

Selasa, 20 Mei 2014

Novel: I Love You, Vampire! -EXTRA-

-Kelas Istimewa Bersama Dark-

(Sebelum Danny berkahwin dengan Airil)

"Nanti kalau dah jadi isteri Tuan. Cik kena pandai menari dan pandai bergaul dengan orang high status. Adab makan pun kena jaga. Cara pemakaian pun. Kalau pakai baju T-shirt macam tu, dengan seluar jean lusuhnya, rasanya..kambing pun lari.." Dark menongkat dagu, mengomen pemakaian Danny. Dia melihat Danny dari atas ke bawah. Danny blur sekejap. Dia bercekak pinggang.

"Apa kau cakap?! Kambing... lari?!" Danny mula naik darah. Dark tersenyum sinis.

"Percakapan pun kena jaga. Kalau bercakap stail macam tu, confirm..memang orang utan pun tak nak duduk dekat..". Danny mengangkat kening.

"Air muka tu kena jaga. Jangan tunjuk nak marah, kawal emosi tu sikit. Jangan nak ikut kepala kita je.." kata Dark lagi sebelum Danny sempat membalas apa yang diucapnya setelah dia melihat air muka Danny yang berubah.

"Kau melampau!" bentak Danny. Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Dark. "Melampau sangat! Aku benci kau, faham tak?!"

"Benci? Apa maksud benci tu..atau lawannya..cik sayang saya ke?" Dark menyoal Danny. Muka Danny berubah merah.

"Hish! Mengarut. Start the class now! Daripada dengar kau membebel  yang bukan-bukan baik kau mulakan kelas!" arah Danny. Percakapan aku ni...kurang ajar ke? Desis Danny dalam hati.

Dark tersenyum. "Baiklah!" dia menepuk tangannya. "Mula-mula, cik kena belajar...percakapan. Berdasarkan laporan dan analisis yang saya dapat daripada Tuan, cik seorang pelajar yang bijak. Jadi, kalau cik seorang yang bijak, tentu senang je cik nak faham kan?" Dark memerli Danny. Danny menjeling Dark.

Mengada betul mamat Dark ni! Nanti kau..tahulah aku nak kenakan kau! Danny berfikir seketika. Dia ketawa kecil. Hahaha..jaga kau! Danny menjeling Dark yang sedang membaca laporan tentang diri Danny.

"Cik, apa nama sebenar cik? Nama cik sekarang..it sounds like a boy when someone call your name. Unfitting for a lady.." Dark menyoal Danny yang sedang merenungnya. Danny terkejut seketika.

"Kau tanya apa tadi, Cerewet?" Danny menyoal Dark kembali.

"Cerewet? Nama saya...Dark" Dark berdehem. Sebelum Dark sempat menyambung, Danny menyampuk lagi.

"Betulke nama kau, Dark? Entah-entah kau silap nama kut..nama yang sesuai untuk kau C-E-R-E-W-E-T.." Danny mengeja satu per satu nama Dark.

Belum sempat Danny mengejek Dark, Danny merasakan ada seseorang memukul kepalanya dengan buku. "Aduh!" jeritnya. "Wei, kau siapa nak pukul aku segala. Kalau kau nak tahu..aku ni.." Danny kaku. "Hai, Blood Sucker.." Danny melambaikan tangannya ke arah Airil yang sedang melihatnya dengan pandangan yang tajam.

"Aku ada nama, Dark ada nama. Nama aku Airil dan nama cikgu sementara kau tu Dark, faham?"

Danny menjelirkan lidahnya ke arah Airil. "Do I care? Well, that name suits both of you. It suits both of you perfectly. Do you like that? You should be thankful that I give you a name that suits you and him perfectly.."

Airil mengetap bibir. "Oh ya? Kalau macamtu, mulai sekarang nama kau..Troublemaker. Nama tu sesuai snagat dengan kau!"

Danny membalas. "Oh ya? Cantik sangat nama tu. Aku suka sangat.." ejek Danny, sinis.

"Kau ni memang..." belum sempat Airil mahu membalas ejekan Danny. Dark bersuara.

"Both of you, stop! Bukan cik je yang perlukan didikan rasanya, nampaknya Tuan perlukan didikan semula..". Airil dan Danny melihat satu sama lain. Nampak snagat boikot rancangan Dark.

"Tak nak!" Mereka berdua membantah.

"Perlu!" jawab Dark. Dia menggunakan kuasa vampirenya untuk membuatkan bilik itu menjadi ruang yang gelap.

"Hey!" Danny menjerit.

"Dark!" Airil bersuara.

"Perlu! Yes or agree?"

"Takde ke yes or no?" Danny menyoal.

"Takde..yes or agree?"

Danny dan Airil mengeluh.

"Yes." jawab Danny.

"Agree.." jawab Airil.

"Bagusnya. Tuan dan cik memang budak baik..." ujar Dark.

Danny tersenyum paksa. Dark..kau melampau..kau paksa kitorang!!

Airil mengeluh. Dark...kenapa?!

******

-HABIS KELAS-

"Tuan dan cik lulus...bagus betul!" kata Dark. Airil dan Danny menoleh ke arah Dark serentak.

Kau melampau Dark! Desis hati Danny dan Airil serentak.

Dark yang mendengar luahan hati Airil dan Danny ketawa kecil.


5 ulasan:

  1. Best best next n3 plzzzz x)

    BalasPadam
  2. wow cerita ni best gila bagi la panjang lagi mesti best.cepatlah terbitkan novel tak sabar nak gengam buku ni

    BalasPadam
  3. Best nk lagi plzzzz jangan lme2

    BalasPadam
  4. Next n3 please .... tiap tiap Hari tunggu

    BalasPadam