Nakama

Isnin, 9 Disember 2013

Novel: I Love You, Vampire! 2, 3, 4

http://www.penulisan2u.my/2013/11/novel-i-love-you-vampire-2/
http://www.penulisan2u.my/2013/12/novel-i-love-you-vampire-3/

http://www.penulisan2u.my/2013/12/novel-i-love-you-vampire-4/

Novel: I Love You, Vampire! 1

Bab 1

Kawasan parkir kereta di kolej tersebut lengang. Beberapa orang pelajar menghampiri pondok pengawal.

  "Pak Mad! Kitorang nak keluar ni..." seorang remaja memberitahu. Pak Mad, selaku pengawal keselamatan di kolej tersebut memerhati satu per satu wajah pelar-pelajar tersebut. Dia menghulurkan sebuah buku log dan sebatang pen.

  "Tulis nama. Balik sebelum pukul sebelas. Faham?" tegas Pak Mad bertanya. Pelajar-pelajar tersebut mengangguk faham.

******

"Lega, lega!" ujar satu suara. Pelajar-pelajar tersebut berjalan. Riuh suara mereka kedengaran sepanjang mereka berjalan.

  "Oi, Hazmi! Kita nak lepak kat mana ni?" tanya seorang pemuda bertopi.

  "Ala! Macamlah dia tak tahu. Malam ni tempat barulah bro! Tempat yang kau rekomen hari tu!" jawab Hazmi selamba. Dia berpaling melihat ketua kumpulannya.

  "Danny! apa pasal kau tanya?" tanya Hazmi, kuat. Melawan deruman enjin kenderaan yang lalu lalang.

  "Saja je. Aku punya pasallah. Apa? Aku takleh tanya ke?" perli Danny. Mengangkat keningnya.

  "Boleh je.." jawab Hazmi acuh tak acuh. Kumpulan mereka di kolej dikenali sebagai SmartNaughty ataupun aliasnya SN. Mereka mendapat gelaran ini kerana sikap mereka yang nakal dan suka mengacau orang terutama sekali budak perempuan. Ketua mereka, Danny. Seorang anak yatim piatu dan sangat nakal kerana sering mengusik pelajar perempuan, ahli kumpulannya sikit-sikit sahaja mengacau anak dara orang. Tetapi, kumpulan mereka top six dalam senarai pelajar cemerlang. Dalam kumpulan SN otak Danny sahajalah yang memang macam genius. Tak payah fikir, dapat selalu dah...itulah ayat yang sering Hazmi katakan padanya.

  "Stop! Korang, dengar sini kejap.." lima ahli SN berhenti, mendengar arahan veto Danny.

  "Kita beli fast food di Pizza Hut lepastu makan dekat tempat yang member kita ni cakap. Alright?" putus Danny, matanya meliar ke arah wajah-wajah ahli kumpulan SN. Mahu mendengar persetujuan mereka.

  "Kitorang okey je bos!" jawab mereka serentak. Danny senyum, berjalan ke arah deretan kedai. Sampai di Pizza Hut, mereka membungkus pizza hawaiian supreme, chicken supreme, mushroom soup dan air pepsi.

  Mereka berjalan ke taman. Menuju ke arah sebuah gudang lama yang ditinggalkan. Sofa dan meja lengkap di dalam. Cuma berhabuk, dengan sawang labah-labahnya, dengan kotak yang digerit tikus dan lain-lain lagi. Keadaan di dalam gudnag tersebut langsung tidak terurus apabila Hazmi membuka mangga. Terdapat sisa makanan dan lilin-lilin yang berselerakan di atas lantai.

  "Macam mana boleh bersepah macamni?! Hazmi, kau kata kau dah kemas tempat ni, ni apa beb? Calap tak serupa bikin! Bersepah semacam aku tengok!" marah Danny geram. Dia sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan. Hazmi, Badrul, Amir, Amin dan Zizi terdiam. Yang ada cuma kesunyian.

  "Bos, kitornag memang dah kemas. Betul tak korang?" Hazmi menoleh ke arah ahli-ahli SN. Mereka mengangguk.

  "Betul ni?" Danny ingin kepastian. Mereka mengangguk. "Okey. Aku percayakan korang sebab dah lama aku kenal korang. Takpelah, jom makan, aku nak basuh tangan dulu ni.." ujar Danny, acuh tak acuh. Dia berlalu ke belakang, membasuh tangan. Sewaktu berjalan menghampiri sinki dia terdengar bunyi angin seperti menolak sesuatu ataupun lebih tepat bunyi sesuatu yang hendak roboh. Tiba-tiba, selepas Danny membasuh tangan. Tiba-tiba pintu belakang terjatuh. Nasib baik Danny sempat mengelak, kalau tidak tentu sudah patah riuk tulangnya dan terpaksa makan makanan bervitamin lagi berkhasiat di hospital.

  Ahli-ahli SN bergegas mendekati Danny yang sedang mengurut-ngurut kaki kanannya. "Oi, kau okey tak?" tanya Amir.

  "Okey, kaki kanan ni ha.Terseliuh sikit, tapi takpelah small matter.." Danny bangun. Topinya yang jatuh sewaktu dia melompat ala ala atlet lompat jauh dikibasnya.

  "Okeylah, kitorang nak basuh tangan dulu.." Amin segera berlalu ke sinki diikuti ahli SN yang lain. Danny mengerling pintu yang jatuh. Dia menghampiri pintu itu. Engselnya Danny pegang dan lihat.

  "Aku tengok engsel ni, takdelah berkarat mana. Gudang ni pun baru je 5 tahun terbiar kat sini..takkanlah cepat sangat tak tahan kalau tak mesti dah roboh..hmm. Aku kena siasat ni! Tak ada angin, tak ada ribut.Pintu tu jatuh!" tekad Danny perlahan. Dia ke depan, mahu makan banyak-banyak. Legakan hati.

******
"Korang aku nak tanya ni.." Danny memegang topinya. Ahli kumpulannya angkat muka. Hazmi segera meletakkan sup cendawan yang masih lagi panas, belum sempat hirup lagi..Danny dah potong line!

  "Apa dia, bos?" tanya Zizi.

  "Ada tak benda pelik berlaku kebelakangan ni?" tanya Danny. Ahli kumpulannya saling berpandangan. Hazmi mengangguk.

  "Ada, bos. Tiga kes..pasal kematian tiga orang gadis, hilahng darah. Punca kematian, gigitan di leher. Orang kata, vampire punya angkara.." jawab Amin. Danny ketawa terbahak-bahak.

  "Habis tu, korang percaya pasal vampire ek? Oi! Cerita dongeng je tu. Kah..kah...kah..lawak betul. Dah besar panjang percaya lagi benda macam tu!" sindir Danny. Geli hatinya melihat riak wajah ahli-ahli SN yang ketakutan. Ahli-ahli SN membuat muka seposen. Mereka berbisik.

  "Amboi, tak ingat dunia gelak!" Badrul mencebik.

  "Orang nak terang punyalah takut, dia pergi gelak! Gila" gerutu Amin.

  "Alah..dia tu, berlagak cool. Macamlah korang tak tahu. Tapi, bila jumpa tikus ke, lipas ke, cicak mapus ke cari kita juga. Action lebih!" Amir mengomen, buat gaya muntah.

  "Kalau dia kena baru tahu! Aku nak nyanyi lagu macam ni kat dia. Padan muka...padan muka..itulah..tak percaya lagi..." Zizi membuat gaya padan muka yang akan ditunjukkan pada Danny, mungkin. Apabila, Danny percaya pada kata-kata mereka.

  "Yalah kan..padan muka, maklumlahkan...takutnya mengalahkan perempu...adoi!" Hazmi mengaduh. Amboi! Si Danny dah bercekak pinggang, apa yang dibaling Danny ialah kotak pizza yang dicarik-carik kemudian digumpal menjadi bola.

  "Amboi, sedapnya korang mengata aku! Gosip panas lah ni ya..Hazmi, nanti kau..kau sebut perempuan memang aku bagi kau pelengkung special punya..dan aku lenyek kau karang!" mata Danny membuntang luas.

  "Relaxlah beb! Kitorang gurau je.." balas Hazmi.

  "Apa relax-relax. Amboi, suara kau bukan main kuat lagi bila mengutuk aku. Depan pensyarah, nak buat presentetion tergagap-gagap, pastu dahlah suara kau tu macam kentut dalam kain aje!!" tempelak Danny. Hazmi ketawa.

  "Ala! Tak sportinglah kau ni! Kerek la kau ni!" gurau Hazmi. Danny ketawa begitu juga dengan ahli-ahli SN. Malam masih muda...masa berlalu semakin pantas.

Cerpen:Again(part 2)



"Aduh! Letihnya...mana dia ni?" Kojiharu bertanya Yui yang sedang menarik nafas akibat terlalu banyak belari.

"Mungkin dia dah balik kut.." Yui meneka. "Lagipun.." Yui menjeling sekelis ke arah jam tangannya. "Dah pukul 5 petang ni.."

"Esoklah..." Kojiharu bangun dari kerusi.

"Okey, jumpa esok.." balas Yui. 

Adakah..tu betul-betul Natsume...? Detik Yui. Kalau betul...

===

Sekolah Menegah Tinggi Tokyo,

Yui melihat sekolah lamanya. Dia mengeluh, kalaulah hari itu dia tidak bertindak mengikut perasaan tentu orang yang disukainya itu masih ada lagi dengannya. Angin yang bertiup menerbangkan topi yang dipakai Yui.

“Ah!” Yui mengejar topinya yang diterbangkan angin. Belum sempat Yui menangkapnya, seseorang menangkap topinya dan memberikan topi itu padanya.

“Nah!” dia tersenyum memandang Yui. Dia memberikan Yui topinya. Mata Yui membuntang luas. Empangan matanya pecah. Yui menangis.

“Cik, kenapa cik menangis? Cik tak apa-apa?” soal pemuda itu.Yui jatuh terduduk. Air mata yang mengalir di pipinya dikesat oleh pemuda itu. “Kenapa ni cik?” soal pemuda itu, prihatin.

“Natsume..awak Natsume, kan?” soal Yui. Yui menyentuh pipi pemuda itu.

“Ya...saya Takada Natsume. Kenapa cik?”

“Awak...tak kenal..saya?” Yui bertanya.

“Saya betul-betul tak kenal cik..” balas Natsume. Yui menunjukkan telefon bimbitnya kepada pemuda itu. Dia menunjukkan gambar Natsume dan dirinya sewaktu bersekolah dulu. Natsume memandang Yui, dia mengerutkan dahinya.

“Awak..ni siapa pada saya? Saya datang ke sini sebab saya nak pulihkan memori saya yang hilang. Awak tahu macam mana diri saya dulu?” tanya Natsume pada Yui. Air mata Yui bergenang lagi.

“Natsume! Maafkan saya! Semua ni salah saya! Kalau saya tak ikutkan perasaan dulu tentu awak tak akan koma dan.. hilang ingatan! Maafkan saya! Maaf!”

“Siapa nama cik?”  soal Natsume pada Yui. Dia masih lagi keliru dengan gadis di hadapannya. Siapa gadis ni pada diri aku dulu? Soal Natsume pada dirinya sendiri.

“Horie Yui. Bukan ke awak ada gambar saya dulu? Dalam telefon bimbit awak?” Natsume mengaru kepalanya yang tidak gatal Dia memetik jarinya.

“Maksud awak, telefon yang rosak tu ke? Ibu saya kata, telefon tu rosak sebab kemalangan dan tak dapat dibaiki lagi..” jawab Natsume, jujur.

“Tentu awak terseksa kan? Cuba mengingati memori dulu..tentu..sakit, kan?”

Natsume mengangguk. “Terus terang. Saya nak diri saya yang dulu balik semula, kerana keluarga saya nakkan diri saya yang lama semula selepas saya sedar dari koma. Setahun lepas tu saya jalani terapi dan macam-macam untuk memulihkan kembali fizikal saya. Tapi, masa tu saya rasa..hidup saya kosong dan gelap. Terumbang-ambing tanpa arah yang betul untuk dituju.  Saya rasa takut sangat sebab saya rasa hanya saya seorang di dalam dunia tu. Keluarga saya bagaikan orang asing bagi saya..” Natsume menghela nafasnya. Dia memegang pelipisnya dan menutup matanya. Yui menangis lagi, sebak di dada masih belum hilang.

“Tapi, bila saya menutup kembali mata saya, saya dapat satu mimpi. Mimpi yang sama dan sering terlayar di minda saya pada malam yang sama. Walaupun saya tak dapat ingat mimpi saya lepas saya bangun, saya hanya dapat ingat satu suara..suara yang sama. Suara yang sama dengan cik Yui. Suara tu kata, “ Natsume! Bangunlah dan cari saya!” masa tu say asentiasa berharap agar diri saya yang kembali semula  tetapi bila saya nak dapat dan gapai kembali memori tu, ia hilang. Bagai angin yang beterbangan menyebabkan saya rasa kosong. Walaupun saya cuba cari memori saya melalu album gambar tetapi ayah kata ibu dah buang gambar-gambar lama saya. Saya pun tak tahu kenapa..”

“Maafkan saya Natsume..”

“Kalau saya betul-betul ada kawan, tentu dia akan melawat saya. Ayah kata..saya pernah ada girlfriend tapi ayah tak tahu nama dia siapa. Ibu yang buat keputusan supaya keluarga kami berpindah ke Kyoto, di rumah nenek. Tapi, saya rasa saya masih lagi kosong dan saya ambil keputusan untuk ke Tokyo setelah berjaya pujuk ibu. Ibu langsung tak beritahu apa-apa pada saya tentang masa silam saya Cuma dia beritahu satu perkara je, “kalau jumpa budak perempuan tu lagi, kata padanya ibu minta maaf sebab ibu bawa kamu pergi jauh sebelum sempat dia tahu kamu dah pindah. Maafkan ibu juga ya, Natsume”. Jadi, hasrat saya untuk ke Tokyo melonjak naik setelah saya bertemu Ryu, kawan lama saya. Dan saya sampai ke sekolah ni..” Natsume kemudiannya memandang Yui. “Pelik kan? Saya boleh bercerita banyak sangat kat awak tentang dir saya. Maaflah, kalau awak rasa hidup saya membosankan..”

Yui kemudiannya bangun dan memegang tangan Natsume. Dia mengesat air matanya. “Akhirnya, saya jumpa Natsume balik..” Natsume mengangkat kening. Yui memeluk Natsume. “Maafkan saya, Natsume. Saya dah cari awak di hospital, tapi doktor tak tahu awak dipindahkan di mana. Maafkan saya Natsume. Saya Yui, girlfriend awak dulu..saya tak tahu awak berpindah ke Kyoto. Maafkan saya. Wlaupun saya tak tahu sebab apa Natsume suka saya tapi.. saya janji akan bantu Natsume pulihkan ingatan Natsume balik!” tekad Yui.

Natsume merenung Yui. “Awak girlfriend saya dulu?” Yui mengangguk. “Terima kasih sebab sudi bantu saya.”

Yui menggelengkan kepalanya. “Takpe, sebab orang yang paling saya suka ialah Natsume dan saya akan tolong Natsume. Jom!” Yui belari anak ke kedai crepe yang biasa dikunjunginya dan Natsume. Mereka ke berbagai tempat di mana mereka pernah bertemu dulu dan lain-lain lagi.

===

Petangnya,

“Yui, terima kasih. Saya dapat rasakan sesuatu, terima kasih atas pertolongan awak...”

“Saya harap Natsume akan pulih..” balas Yui. Natsume tersenyum dan mengenyit matanya.

“Okey! Saya harap harapan awak jadi kenyataan! Jumpa lagi! Ada masa saya telefon awak..”
Muka Yui merona merah. Dia memerhati Natsume dari jauh.

Mungkin, suatu hari nanti..awak akan dapat semula diri awak tu..rupanya, awak terpaksa jadi pelajar tahun 1 sebab awak terlepas satu tahun untuk pembelajaran awak, susah kan? Natsume..

===

Sejak pertemuan Yui dan Natsume, Natsume tidak menghadirkan diri lagi ke universiti. Itu membuatkan Yui risau. Tetapi, sejak hari tu Yui mendengar khabar angin yang Natusme telah berpindah ke tempat lain. Hinggalah, hari graduasi Yui. Natsume tidak pernah muncul. Ya, 3 tahun telah berlalu.

Setelah habis kerja, Yui ke taman di mana pertama kali dia bertemu Natsume dan Natsume meluahkan perasaannya pada Yui. Air mata Yui menitis.

Yui menalakan pandangannya ke langit merah, petang itu. “Dah 2 tahun berlalu..awak hilangkan diri lagi..Natsume. Awak tinggalkan saya kembali, Natsume..saya rindu awak..” Yui jatuh terduduk ke lantai taman. Awan hitam berarak, menjadikan petang itu mendung. Hujan turun dengan lebat seperti mana  hati Yui kala itu. Pecah seperti kaca.

Tiba-tiba, telefon Yui berdering.

“Yui-chan, saya suka Yui-chan. Sudi tak Yui-chan jadi kekasih saya? Boleh tak saya panggil Yui-chan, Yui je?” soal satu suara dari talian. Lidah Yui kelu.

“Ingat tak lagi? Masa saya luahkan perasaan kat Yui? Saya telefon Yui,walaupun Yui ada dekat je dengan saya tapi saya tetap telefon Yui..lepastu Yui pusing belakang bila saya suruh Yui pusing belakang. Masa tu pula hujan, habis baju sekolah kita basah...ingat lagi tak?”

Yui berpaling dan melihat Natsume sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Yui bangun dan meluru ke arah Natsume.  Yui masih lagi menangis. Natsume menyiman telefon bimbitnya ke dalam poket.

“Maaf, Yui. 3 tahun bukanlah masa yang pendek bagi saya, dah lama ke awak tunggu? Saya ambil masa untuk ingat semula memori saya setelah saya tinggalkan Tokyo. Ibu saya sakit pada hari itu juga, dan lepastu saya belajar balik di Universiti Kyoto untuk jaga ibu dan ringankan beban ayah. Masa saya pening kepala, satu persatu memori datang ke kepala saya, saya pengsan masa saya sedang menjaga ibu..dan masa saya di hospital, saya mengingati segala-galanya yang berlaku”

Yui memeluk Natsume, Natsume mengusap kepala Yui. “Gomen ne Yui(Maafkan saya Yui). Saya tinggalkan awak banyak kali. Tapi, kali ni saya kembali semula..sebagai Natsume yang pernah awak kenal dulu.  Terima kasih sebab tunggu saya selama ni. Sebab saya suka Yui, masa tu...lepas kelas tambahan, lepas semua orang balik. Yui pernah menyanyi dalam kelas, ingat tak? Saya teringgal nota dan kemudian bila saya dengar suara Yui, saya tak jadi ambil nota dan balik macam tu je. Saya suka suara Yui, kemudian saya jatuh cinta pada pemilik suara tu..saya suka Yui. Suka sangat kat Yui..sangat-sangat..terima kasih sebab sudi tunggu saya selama ni..”

“Saya pun suka Natsume! Terima kasih sebab selamatkan saya masa tu..” balas Yui. Mereka berdua bertentang mata dan tersenyum.

“Akhirnya Yui dah berubah, boleh pun cakap apa yang nak dikatakan dengan jujur..”

Mulai sekarang, kisah kami akan bermula kembali. Again, sekali lagi..kadang-kadang, menunggu seseorang itu bukanlah sesuatu perkara yang senang. Mahu mengatakan sesuatu yang jujur juga bukanlah senang, tapi kadang-kadang seseorang perlu mengulangi sesuatu sekali lagi. Sama juga seperti sejarah yang perlu diulangi jika dilupakan, memori adalah sesuatu yang beharga dan perlu dikenang, ia akan terlayar di minda..jagalah memori itu sebaiknya...


                                                       -TAMAT-

Cerpen:Again(part 1)





From: Yui Horie
Subject( no subject)
Saya nak kita jumpa di kedai crepe lepas sekolah ya! J
Natsume! Awak belanja tau!
Natsume berpaling melihat Yui. Dia mengangkat keningnya. Yui tersenyum ke arahnya. “Apa kena dia ni.?  Hari-hari aku belanja dia makan. Suka sangat cakap guna mesej. Tak boleh ke kalau dia ni jujur sikit?” Natsume menggaru kepalanya. Geram juga dengan sikap Yui, kekasihnya itu. Yui suka bercakap menggunakan mesej ataupun kertas. Dia tidak pernah bercakap dengan orang lain selain Natsume.
 Yui tidak suka bercakap dengan orang. Gadis itu lebih suka menyendiri, kerana itulah semua orang dalam kelas 3-A tidak rapat dengan Yui. Yui dikenali sebagai loner di dalam kelas mereka. Hanya Natsume sahaja yang berani bercakap dengan Yui.
Natsume dan Yui telah 5 bulan bercouple. Tapi, Yui lebih suka hubungan mereka dirahsiakan dan suaranya sahaja yang boleh didengari oleh Natsume dan ibu bapanya.
Di dalam kelas Yui dan Natsume seperti orang asing. Langsung tidak bercakap, berpura-pura tidak kenal antara satu sama lain. Natsume di sekolah dikenali kerana sikapnya yang aktif dan ceria. Dia disukai oleh ramai orang. Natsume relah menjadi pelajar tahun akhir untuk sekolah menengah tinggi. Tahun hadapan, dia akan masuk ke universiti selepas mendapat keputusan peperiksaan.
  “Oi, Natsume!” Ryu menghampiri Natsume yang sedang melihat telefon bimbitnya. Belum sempat Natsume menyembunyikan apa yang dilihatnya. Ryu lebih cepat merampas telefon bimbit Natsume dari tangannya. “Apa yang kau tengok ni?”
  Natsume mahu merampas telefon bimbitnya dari tangan Ryu tetapi Ryu lebih tangkas dan telah berdiri di hadapan kelas. “Semua  orang! Rupa-rupanya Natsume dah ada buah hati!”
  Semua pelajar kelas 3-A berpaling ke arah Natsume. Mata Yui membuntang luas. “Apa?! Siapa Ryu, cakaplah!!” Mariko tiba-tiba berdiri.
  Ryu tersengih. “Kalau aku cakap korang mesti percaya eh?”
 “Okey!” sahut pelajar kelas 3-A.
“Kekasih dan buah hati Natsume ialah Horie Yui.” Semua mata memandang ke arah Yui yang sedang terkejut itu. Yui cuba menyembunyikan mukanya dengan buku kerana malu.
 “Ryu!” jerit Natsume. Dia merenung Ryu, tajam.
 “Apa?” soal Ryu. “Yui-chan! Lain kali beritahu kitorang status kau!”  Ryu berkata lagi.
 Mariko menjeling Yui. Bencinya!
“Apa kau ni Ryu?!” Natsume merampas telefon bimbitnya dari tangan Ryu, kerana Ryu menunjukkan gambar Natsume dan Yui sedang makan crepe bersama.
 “Gomen!(Maaf)” Ryu mengenyit matanya.
 “Natsume, kau kan idola sekolah kita? Kenapa tak beritahu satus kau awal-awal?” tanya Suzuko, ratu gosip kelas mereka. “Aku ratu gosip ni tak boleh tahu kisah korang. Ceritalah! Pandai pula korang sembunyikan ya!”
  Natsume berpaling ke arah Yui. Yui mengemaskan barang-barangnya, mengambil begnya dan berdiri untuk berlalu pergi dari kelas itu. “Yui!” Natsume mengejar Yui apabila melihat gadis itu membuka pintu kelas. “Kelas tak habis lagilah! Kitakan ada kelas tambahan! ” ujar Natsume apabila dia memegang tangan gadis itu di luar pagar sekolah.
 Yui berpaling melihat Natsume. Empangan matanya pecah. Dia menunjukkan telefon bimbitnya pada Natsume.
 Saya malu! Mesti diorang akan kata yang teruk-teruk pasal saya! Saya malu Natsume! Kenapa awak main handset awak dan buka gambar saya?
“Yui...tu sebab..saya nak tengok muka awak. Saya suka bila awak senyum..” jawab Natsume jujur.
 Yui mengetap bibir. Dia menaip ayat seterusnya.
Saya benci Natsume! Kan saya dah kata rahsia! Hubungan kita rahsia! Kita putus!!
Natsume terpempan. Dia terkedu. “Yui..janganlah macamni..” kata Natsume. Yui merentap kasar pergelangan tangannya. Dia mahu melintas jalan.
“Yui! Jaga-jaga!!” Natsume menolak Yui dari lori yang sedang meluncur laju ke arah Yui. Belum sempat Natsume menapak dari situ, lori itu melanggar Natsume.
 “Natsume!!” Mariko yang tiba di situ menjerit.
“Natsume!” Yui menjerit. Air mata di pipinya mengalir laju. Lori itu berhenti.
Yui mendekati Natsume. “Yui...saya minta maaf..buat Yui malu..maaf...kan saya..Yui, sa...ya..suka..Yui..sangat-sangat. Betul saya c..in...takan Yui..Yui..saya..tak..pernah salahkan Yui..atas...apa yang berlaku..Yui..boleh berubah tak? Tolong jadi budak yang..c..eria dan aktif..macam yang saya minta..ni..boleh? Saya suka Yui, sangat-sangat...” kata Natsume sebelum menutup matanya.
  Orang ramai yang berkumpul di situ meinta pemandu lori itu menghubungi ambulans. Yui menangis teresak-esak. “Natsume...bangunlah!” gumamnnya.
 “Ni semua salah kau, Yui!” Mariko menolak Yui setelah ambulans sampai dan membawa Natsume pergi dan orang ramai di situ berlalu pergi. Yui hanya mendiamkan diri.
 “Kau patutnya yang kena langgar! Bukan Natsume!!” Mariko menyepak Yui menyebabkan Yui jatuh.
 Mariko kemudiannya berlalu dari situ. Yui duduk berteleku di situ. Rasa bersalah dan sedih muncul dalam hatinya.
Gomen ne Natsume..(Maafkan saya Natsume)
Masa kemudiannya berlalu..
===

2 tahun kemudian...
Universiti Tokyo,
“Kalau kamu semua faham penerangan saya, kelas kita setakat ni sahaja. Dan pastikan kamu siapkan assignment kamu tu. Ikut tempoh yang diberi. Faham?” Professor Tada merenung pelajarnya.
 “Faham. Prof!” sahut mereka.
“Okey, kamu boleh pergi..” kata Professor Tada. Semua pelajar beredar dari dewan kuliah itu kecuali seorang pelajar yang sedang membaca buku notanya semula. Selesai membaca, pelajar berambut merah jambu perang gitu, bermata kuning, berhidung mancung dan berkulit putih itu menghampiri Professor Tada dan membongkokka badannya untuk menunduk.
 “Prof! Terima kasih!” katanya sebelum pergi.
“Sama-sama..”
===
“Tu senior Yui, kan?”
“Cepatlah confess, dia dah keluar dari kelas dah!” kata seorang gadis, menggesa pemuda di sebelahnya untuk mendekati senior Yui.
 “Senpai!(Senior) boleh kita cakap sikit? Dua orang je..hanya kita..di kafe nak?” soal pemuda yang bernama Hotaru pada Yui Horie. Seorang senior yang popular di universiti. Yui sangat popular kerana dia adalah setiausaha Kelab Bebas dan aktif dalam berbagai perkara, dia juga ramah dan disukai ramai dan paling penting, dia sangat ceria dan suka bertegur sapa dengan kohai(junior) atau senior. , kelab yang aktif dan pelajarnya bebas melakukan aktiviti apa. Aktiviti yang akan dianjurkan pula seperti berkhemah tiga hari dua malam atau makan BBQ bersama dan lain-lain lagi.
“Kamu pelajar tahun 1, kan?” soal Yui.
“Ya, senpai..pelajar tahun 2 kan?” Yui mengangguk.
“Kenapa?” soal Yui pula.
“Jom ke kafe..kita berdua je..” Hotaru mengenggam tangannya.
“Buat apa?”Yui mengangkat kening. Hotaru menundukkan wajahnya. Terasa ramai pula mata yang memandang dia dan Yui. Ada orang berbisik-bisik, namun dapat dia dengari dengan jelas bisikan mereka.
 “Ada budak nak luahkan perasaan kat Yui ke?”
“Lagi sekali? Budak tu takkan diterimalah oleh Yui!”
“Hotaru ke? Ish, takkan Yui nak terima dia..”
“Hotaru jom ke kafe! Saya belanja..” Yui kemudiannya berjalan ke kafe. Hotaru hanya membuntuti langkah Yui ke kafe.


===
Di Kafe,
“Apa awak nak cakap?” Yui bertanya sebelum meneguk minumannya denag rakus kerana dahaga.
 “Saya suka senpai. Senpai, sudi tak senpai jadi kekasih saya?” soal Hotaru. Yui yang sememangnya biasa ditanya soalan begitu menjawab.
 “Maaf, Hotaru. Saya tak boleh terima cinta awak...”
 “Kenapa?” Hotaru bertanya lagi.
Yui terkedu. Dia hanya tersenyum. “Itu...awak tak perlu tahu..” balas Yui. Sebelum pergi dari situ Yui berkata kepada Hotaru. “Maaf ya, carilah orang lain. Maaf..”
 “Senpai...”
 “Aku dah kata senpai takkan terima. Abang aku tu, tak dapat langsung senpai..lupakan jelah senpai”
===
Yui merenung langit malam, “Natsume..” dia merenung bulan yang sedang bercahaya. “Hari ni..saya sakitkan hati orang lagi. Saya tolak cinta mereka. Betul ke apa yang saya buat? Hari ni..macam mana perubahan saya? Natsume...saya harap awak boleh jawab soalan saya..”  gumam Yui. Air mata mengalir perlahan-lahan di pipinya.
 Memori dua tahun lalu terkenang di layar fikirannya. Masih lagi dirasai hingga ke hari ini...
===

2 tahun lalu,
Di rumah Yui,
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Yui. Yui jatuh terjelopok ke lantai. “Mama..” empangan air mata Yui pecah lagi.
 “Yui! Kenapa Yui buat macamtu pada Natsume?” soal Puan Ringo setelah Yui menceritakan segala-galanya pada ibu bapanya.
  “Yui..malu..”
 “Sebab tu je ke? Jawab Yui!” Puan Ringo bercekak pinggang. Air mata di pipinya dikesat. Masih lagi Puan Ringo ingat, pertemuannya dengan Natsume yang sentiasa ceria itu. Natsume sangat baik dan kelakar.
   “Puan nak saya bantu puan ke?” soal Natsume.
  “Terima kasih..” kata Puan Ringo kepada Natsume yang sedang menolongnya mengutip barang dapur yang dibelinya. Barang dapur yang dibelinya keluar dari plastik kerana plastik itu bocor.
 “Sama-sama!” Natsume mengenyit matanya. Belum sempat Natsume pergi dari situ telefon bimbitnya terjatuh. Puan Ringo melihat wallpaper telefon bimbit Natsume.
 “Nak, telefon kamu..” kata Puan Ringo pada Natsume.
 “Oh..terima kasih.” ucap Natsume pada Puan Ringo.
“Gambar budak perempuan ni...” belum sempat Puan Ringo menghabiskan ayatnya Natsume memotong percakapannya.
 “Ya. Cantik dia kan? Dia girlfriend saya..tapi, dia seorang yang pendiam. Kami rancang nak masuk ke Universiti Tokyo sama-sama selepas habis tahun ke 3 sekolah menengah tinggi ni..” Natsume menunjukkan Puan Ringo gambar Yui. “Namanya Horie Yui..”
  “Dia..anak..mak cik..”
 “Eh?!” mata Natsume terbuntang luas.
“Takpe. Tolong jaga dia ya..”
“Natsume. Nama saya Takada Natsume!” jawab Natsume dengan senyuman. “Saya janji, yang saya takkan sakitkan hati Yui! Mak cik boleh percayakan saya!”
 “Mak kenal Natsume?” soal Yui setelah Puan Ringo menceritakan pertemuannya dengan Natsume.
 “Dia yang cerita pada mak yang kamu girlfriend dia. Mulanya, dia tak tahu mak ni mak kamu. Lepas tu, telefon dia jatuh. Mak tolong ambil dan nampak gambar kamu..”
  Yui terkedu. Dia menundukkan wajahnya. “Yui. Sebab sekelas tahu yang kamu couple dengan dia je ke? Yui...tu perkara biasa..”
  “Yui..ikut perasaan..” jawab Yui lambat-lambat.
 “Macam mana kita nak beritahu pada ibu bapa dia?” tanya Puan Ringo kepada Encik Horie.
 “Kita ke hospital dulu, tengok. Cuba cakap dan terangkan apa yang berlaku pada keluarga Takada..”
 Setelah mereka sampai di hospital dan Yui menerangkan segala-galanya pada Encik Takada dan Puan Akemi, doktor keluar dari ICU.
 “Doktor, macam mana dengan anak saya?” soal Puan Akemi pada doktor itu.
“Maaf, puan. Anak puan...kami tak yakin dia boleh buka matanya semula. Tapi, 70 peratus kemungkinan Natsume akan koma selama-lamanya. 30 peratus lagi, mungkin dia ada harapan untuk sembuh kembali..tapi kami takut akan ada side effect..”
 Puan Akemi pengsan tiba-tiba. Dunia Yui menjadi gelap pada malam itu juga. Yui meraupkan tangannya ke wajah. Air matanya tidak berhenti mengalir selepas itu.
 Sejak hari itu, Encik Takada dan keluarganya berpindah ke tempat lain. Natsume juga dipindahkan ke hospital lain. Apabila Yui mahu mengetahui hospital mana Natsume dipindahkan, jururawat dan doktor bertugas mengatakan tidak tahu Natsume dipindahkan ke mana.
 Setelah itu, Yui kembali ke sekolah untuk belajar. Walaupun keputusan mata pelajarannya baik, Yui seperti patung, dia tidak lagi mempunyai emosi dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Apabila Yui berselisih dengan Mariko gadis itu akan menjelingnya. Mariko tidak lagi ceria dan suka tersenyum malah dia melepaskan kemarahannya pada orang lain. Dia menjadi panas baran dan suka marah-marah. Itu membuatkan orang memanggil Mariko dengan gelaran
Black Raven. Mariko juga menjadi seorang loner. Entah kenapa Yui tidak tahu, apa yang pasti gadis itu menyimpan perasaan terhadap Natsume. Tetapi, ramai gadis yang menyukai Natsume, tidak bersikap seperti Mariko tetapi apabila mereka bertemu dengan Yui, mereka pasti akan mengenakan Yui setelah mendengar Yui adalah kekasih Natsume,
   Setelah tamat sekolah menengah dan mendapat keputusan cemerlang, Yui memilih untuk belajar di Universiti Tokyo. Di sana Yui merubah sikapnya dengan sikap seorang gadis yang ceria, aktif, suka tersenyum, baik hati dan lain-lain lagi. Walaupun  luka lama merobek hatinya ketika dia mengingati kembali memori bersama Natsume dan memori 2 tahun lalu. Namun itu semua di simpan jauh kerana kata-kata yang Natsume pernah katakan padanya.
   Yui...saya minta maaf..buat Yui malu..maaf...kan saya..Yui, sa...ya..suka..Yui..sangat-sangat. Betul saya c..in...takan Yui..Yui..saya..tak..pernah salahkan Yui..atas...apa yang berlaku..Yui..boleh berubah tak? Tolong jadi budak yang..c..eria dan aktif..macam yang saya minta..ni..boleh? Saya suka Yui, sangat-sangat...”
 Hanya kerana permintaan Natsume Yui sanggup memakai topeng. Selepas masuk ke universiti dan merubah sikapnya, Yui menjadi popular. Ramai pemuda yang meluahkan perasaan kepada Yui tetapi Yui tidak menerima mereka sebagai kekasih. Bagi Yui, hanya Natsume yang betul-betul layak menjadi kekasihnya dan nama Natsume juga terukir di hatinya, kini dan selamanya. Walaupun Yui tidak tahu sama ada Natsume hidup ataupun telah mati sekarang namun Yui berharap agar Natsume mengingati dirinya..
Untuk selamanya, seperti apa yang pernah dijanjikan mereka dulu...
===
“Yui!” Kojiharu memanggil Yui.
“Ada apa Kojiharu?” soal Yui, tersenyum melihat Kojiharu yang sentiasa mempunyai cerita untuk dikongsi dengannya. Kojiharu ialah kawan baik Yui setelah Yui masuk ke universiti.
“Dengar cerita tak?” Yui menggeleng.  Kenapa Kojiharu teruja sangat ni? “Ada junior barulah! Dia datang pertengahan bulan sebab keluarga dan dia berpindah dari Universiti Kyoto..”
Yui menghela nafasnya. Patut pun..
   “Kacak ke?” soal Yui, berbasa-basi.
“Kacak! Namanya Takada Natsume!” jawab Kojiharu. Mata Yui membuntang luas, dia memeluk badannya yang tiba-tiba berasa seram sejuk.
“Taka...da Natsu..me?” Yui menutup matanya. Pandangannya gelap/
Tak mungkin dia...kan?
“Yui!” Kojiharu menjerit apabila melihat Yui yang telah pengsan. Kenapa dengan Yui ni?
===
Matanya dibuka perlahan-lahan.. “Yui!” Kojiharu mendapatkan Yui yang sedang berjalan menghampirinya.
“Kojiharu..kenapa saya boleh pengsan ni?” soal Yui pada Kojiharu.
“Bila saya sebut nama budak tahun 1 tu awak pengsan. Takada Natsume namanya. Kenapa?” tanya Kojiharu, pelik dengan sikap Yui. Yui menggeleng kepalanya.
 “Takde apa-apa. Cuma...teringatkan kenangan lama..” balas Yui.
“Kenangan lama?” Kojiharu mengangkat kening. “Awak pernah ada boyfriend yang namanya Takada Natsume ke?” soal Kojiharu.
 “Eh! Takde!” bohong Yui. 
    “Ya ke?” Kojiharu dapat mengesan sesuatu. “Beritahulah saya Yui!” desak Kojiharu.
   “Tolong simpan rahsia..kalau saya cerita ni kat awak okey?”
  “Okey..” Kojiharu mengangkat tangan kanannya seperti orang yang mahu membaca ikrar. “Saya janji!”
  “Kalau boleh saya nak masa tu diulang sekali lagi..kalau tak saya takkan menyesal macam sekarang ni..” kata Yui. Air mata bergenang di tubir matanya.
  “Menyesal?” Kojiharu mengangkat kening.
 “Ceritanya macam ni..” Yui menceritakan segala-galanya pada Kojiharu tentang  masa silamnya.
 “Jadi...awak ubah sikap awak..kerana dia ya?” soal Kojiharu. Yui mengangguk. “Saya rasa sedih sangat bila dengar kisah awak Yui..macam mana rupa Natsume? Ada gambar tak..”
 “Ada..tapi yang 2 tahun lalu..”Yui mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar Natsume. Mata Kojiharu membuntang luas.
  “Yui..dia nilah Takada Natsume tu! Budak tahun 1 tu!” kata Kojiharu.
 “Betul ke?” tanya Yui.

“Ya, betul! Saya nampak dia tadi..” kata Kojiharu yakin.
 “Jom pergi cari dia Kojiharu!” ajak Yui.
 “Okey!” Kojiharu membuntuti langkah Yui.