Nakama

Rabu, 20 Januari 2016

Jurnal: Memori Seorang pelajar -1-

Assalamualaikum wbt,

20/1/2016 (Rabu)

Hari yg kelakar, dan hari yg penuh dgn kekesalan?

Why?

First thing that was funny today in class...

We needed to arrange our table in the 21th century style sbb kementerian cakap kena susun camtu tahun ni, so Afiq(bukan nama sebenar) suggested to our Physics teacher that he wanted to design our arrangement.

Well, the result was...my class table...kelakar betul. Macam dlm game. Tapi, lucky class kitorang tak ramai. 22 orang pelajar - 13 lelaki dan 9 perempuan.

Hari ni, nak dijadikan cerita - PSI (Pendidikan Syariah Islam). Ustaz suruh hantar latihan PSI, lepastu semua nak hantar kat saya...sbb saya penolong ketua kelas. Jadi, kerana malas nak gi hantar utk hari ini...huax3 jahatnye...

Saya cakap kt ketua kelas,

"Zul(bukan nama sebenar), pergi hantar pulak. Asyik aku je..."

Dia diam,

Pastu,

"Ok, marilah aku hantar."

Huax3

Best betul ada ketua kelas yg suka beri kerjasama ni. Senang kerja aku, cikgu dan dia.

Tapi, adalah sorang ni...buat lawak pulak..."Oh, senyumlah tu... senyum..senyum seindah senyuman..."

Eh, eh...sorang ni...bertuah si Din(bukan nama sebenar) pergi nyanyi pulak. Nak kena tumbuk? Senyumx2.


But, hari ni pun penuh kekesalan juga...

Nak tau kenapa?

Hari pertama dlm sejarah aku bersekolah selama lima tahun, pergi tandas sekejap dgn kawan,  Hajar(bukan nama sebenar) ingatkan cikgu nak lepas budak perempuan lambat skit, so...

pergi tandas, lepas pergi tu....

kena tinggal!

Merentas desa - kitorang ditinggalkan hari kedua latihan. Hahax3

Esok, pertandingan.

Good luck je lah ke kitorang!
Sebab diorang tukar route merentas desa utk hari yg kedua.

Ada org kata jalan ni lebih panjang!

Sakit kaki aku...nasiblah...

But this is the last year,
so gonna do my best to get number again.
Jiayou!
Man jadda wa jadda!(Siapa yg berusaha dia akan berjaya!)

                                                                                                           Sincerely,
                                                                                                           - 81149-


Rabu, 6 Januari 2016

Jurnal: Memori Seorang Pelajar

Assalamualaikum wbt,

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

Ini mungkin seperti sebuah jurnal atau mungkin tidak. Mungkin ia lebih kepada sebuah coretan. Luahan isi hati sendiri.

2016.

Tahun yang berharga dan bermakna namun mungkin tidak akan dapat dilupakan walaupun baru sahaja tahun ini hadir dalam hidup selama beberapa hari ini.

Melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, mata ini menangkap pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru sahaja masuk ke sekolah ini - menjadi warga di sini.

500 orang apply untuk masuk ke sekolah tercinta, namun dalam 500 orang yang apply dan menjawab peperiksaan kemasukan - 140 orang dipilih. 

Tahniah, pelajar tingkatan satu! Anda dipilih memasuki sekolah di mana pelajar bertuah dapat memasukinya. Mungkin ada yang masuk dengan paksaan ibu dan ayah, ada juga dengan keputusan sendiri.

Namun, sekiranya anda masuk dengan paksaan, cuba ikhlaskan hati untuk mencintai sekolah itu. Tak kenal maka tak cinta, adik-adikku sayang :)

Sebagai seorang pelajar paling 'tua' di sekolah ini, perlu hadir erti tanggungjawab.

Tapi, persoalannya...

Tanggungjawab itu...adakah? Diri setiap orang mungkin ada yang masih kekal dengan perangai lama, ada juga yang mungkin berubah ataupun ada yang tidak mahu melangkah ke alam tingkatan lima ini. 
Mereka masih tidak mahu merasai umur 17 tahun, kekal dengan 16 tahun.

Termasuk dalam kalangan itu?

Jawapannya ya, aku mungkin.

Berfikir dari sudut positif, umur mematangkan kita. Tapi, tidak bermakna dalam masa terdekat.

Hari kedua persekolahan...

Mungkin ada pelajar-pelajar generasi pertama PT3 yang mungkin 'cemburu' dengan pencapaian adik-adik generasi kedua. Yes, sebab generasi pertama merupakan 'kajian', dalam bahasa eloknya, satu percubaan kepada sistem baharu.

Mungkin ada yang rasa tidak adil dengan itu.

But, akurlah...hidup itu berubah...ada pasang surutnya.

Walaupun cemburu, first generation happy sebab second generation juga harungi zaman itu dengan bersusah-payah.

Anyway, syabas kepada the second! Welcome to form four life :)

PS: Pilih aliran yang sesuai, jangan menyesal di kemudian hari, adik-adikku sekalian.

Hari ketiga, hanya penuh dengan tugasan yang diberi - tak sudah. Hari yang mengantukkan, namun penuh dengan keinsafan. Buang perangai 'hantu pemalas' dalam diri jika ada. Rajin-rajinkan tangan buka buku.

PS: Novel tingkatan lima BM tahun ni, best! Bimasakti Menari. Untuk orang yang suka bintang-bintang, disarankan baca. Conform dah jatuh cinta dengan buku ni.

Akulah budak bertuah yang dah jatuh cinta dengan buku tu :)

Suka dengan nama bintang...nak-nak Alnilam. Cantik nama bintang tu, dengar je dah tahu macam permata.

Hari ke empat...

Orientasi tingkatan lima.

Pembentukan semula sahsiah.

Buang perangai tak elok.

Kembalikan azam belajar kembali.

Jadi lebih baik dari form five tahun lepas.

Hmm, can I? Can we?

Tapi, kalau dah kata "If Allah will" tu...

Maknanya kitorang dah berjanji dengan cikgulah.

Sebab bila dah sebut tu, kira berjanji kan? Kenalah usaha sungguh-sungguh. Jangan main cakap ikut sedap mulut je *muhasabah diri sikit- untuk saya & untuk orang lain*

                                                                                                    Sincerely, 6/1/16 Rabu
                                                                                                             - 81149-

PS: My sidekick gangs, welcome to school. Back to 2016. Let's all welcome form five life :)

       Dear HANA FC, 
       
       Dear friends from 5A,

       Dear friends from 5B,

       Dear friends from 5C.

        Dear friends from 5D.

       Lastly, dear my will-be-complete-memories-someday. dear friends from 5 Sc *Al-Bukhari*

        To those jokers, cracks and alls. Even though you all so schema sometime, me included.

        We're still those 'crazy pranksters' students at all.

         Study hard but in smart way. Study fun, don't get stress or else you're gloomy always.
        
         Smile, strive and do the best. Pray and recite your doa.

         Our time is now. 

     

-Jiwang betul aku malam ni- side note semata-mata


ILYV akan disambung dlm blog jika saya ada masa trluang lebih :)

Harap sabar menunggu.

Terima kasih sbb datang juga singgah ke blog ni dan yg trbaca coretan ini.

I love you all.

You give me your love through my writing with those comments.

I love you.

XOXO.

I appreciate you,

You appreciate me too.

Thanks, everybody :)