"Aduh!
Letihnya...mana dia ni?" Kojiharu bertanya Yui yang sedang menarik nafas
akibat terlalu banyak belari.
"Mungkin dia dah balik kut.." Yui meneka.
"Lagipun.." Yui menjeling sekelis ke arah jam tangannya. "Dah
pukul 5 petang ni.."
"Esoklah..." Kojiharu bangun dari kerusi.
"Okey, jumpa esok.." balas Yui.
Adakah..tu betul-betul Natsume...? Detik Yui. Kalau
betul...
===
Sekolah Menegah Tinggi Tokyo,
Yui melihat sekolah lamanya. Dia mengeluh, kalaulah hari
itu dia tidak bertindak mengikut perasaan tentu orang yang disukainya itu masih
ada lagi dengannya. Angin yang bertiup menerbangkan topi yang dipakai Yui.
“Ah!” Yui
mengejar topinya yang diterbangkan angin. Belum sempat Yui menangkapnya,
seseorang menangkap topinya dan memberikan topi itu padanya.
“Nah!”
dia tersenyum memandang Yui. Dia memberikan Yui topinya. Mata Yui membuntang
luas. Empangan matanya pecah. Yui menangis.
“Cik,
kenapa cik menangis? Cik tak apa-apa?” soal pemuda itu.Yui jatuh terduduk. Air
mata yang mengalir di pipinya dikesat oleh pemuda itu. “Kenapa ni cik?” soal
pemuda itu, prihatin.
“Natsume..awak
Natsume, kan?” soal Yui. Yui menyentuh pipi pemuda itu.
“Ya...saya
Takada Natsume. Kenapa cik?”
“Awak...tak
kenal..saya?” Yui bertanya.
“Saya
betul-betul tak kenal cik..” balas Natsume. Yui menunjukkan telefon bimbitnya
kepada pemuda itu. Dia menunjukkan gambar Natsume dan dirinya sewaktu
bersekolah dulu. Natsume memandang Yui, dia mengerutkan dahinya.
“Awak..ni
siapa pada saya? Saya datang ke sini sebab saya nak pulihkan memori saya yang
hilang. Awak tahu macam mana diri saya dulu?” tanya Natsume pada Yui. Air mata
Yui bergenang lagi.
“Natsume!
Maafkan saya! Semua ni salah saya! Kalau saya tak ikutkan perasaan dulu tentu
awak tak akan koma dan.. hilang ingatan! Maafkan saya! Maaf!”
“Siapa
nama cik?” soal Natsume pada Yui. Dia
masih lagi keliru dengan gadis di hadapannya. Siapa gadis ni pada diri aku
dulu? Soal Natsume pada dirinya sendiri.
“Horie
Yui. Bukan ke awak ada gambar saya dulu? Dalam telefon bimbit awak?” Natsume
mengaru kepalanya yang tidak gatal Dia memetik jarinya.
“Maksud
awak, telefon yang rosak tu ke? Ibu saya kata, telefon tu rosak sebab
kemalangan dan tak dapat dibaiki lagi..” jawab Natsume, jujur.
“Tentu
awak terseksa kan? Cuba mengingati memori dulu..tentu..sakit, kan?”
Natsume
mengangguk. “Terus terang. Saya nak diri saya yang dulu balik semula, kerana
keluarga saya nakkan diri saya yang lama semula selepas saya sedar dari koma.
Setahun lepas tu saya jalani terapi dan macam-macam untuk memulihkan kembali
fizikal saya. Tapi, masa tu saya rasa..hidup saya kosong dan gelap.
Terumbang-ambing tanpa arah yang betul untuk dituju. Saya rasa takut sangat sebab saya rasa hanya
saya seorang di dalam dunia tu. Keluarga saya bagaikan orang asing bagi saya..”
Natsume menghela nafasnya. Dia memegang pelipisnya dan menutup matanya. Yui
menangis lagi, sebak di dada masih belum hilang.
“Tapi,
bila saya menutup kembali mata saya, saya dapat satu mimpi. Mimpi yang sama dan
sering terlayar di minda saya pada malam yang sama. Walaupun saya tak dapat
ingat mimpi saya lepas saya bangun, saya hanya dapat ingat satu suara..suara
yang sama. Suara yang sama dengan cik Yui. Suara tu kata, “ Natsume! Bangunlah
dan cari saya!” masa tu say asentiasa berharap agar diri saya yang kembali
semula tetapi bila saya nak dapat dan
gapai kembali memori tu, ia hilang. Bagai angin yang beterbangan menyebabkan
saya rasa kosong. Walaupun saya cuba cari memori saya melalu album gambar
tetapi ayah kata ibu dah buang gambar-gambar lama saya. Saya pun tak tahu
kenapa..”
“Maafkan
saya Natsume..”
“Kalau
saya betul-betul ada kawan, tentu dia akan melawat saya. Ayah kata..saya pernah
ada girlfriend tapi ayah tak tahu
nama dia siapa. Ibu yang buat keputusan supaya keluarga kami berpindah ke
Kyoto, di rumah nenek. Tapi, saya rasa saya masih lagi kosong dan saya ambil
keputusan untuk ke Tokyo setelah berjaya pujuk ibu. Ibu langsung tak beritahu
apa-apa pada saya tentang masa silam saya Cuma dia beritahu satu perkara je, “kalau
jumpa budak perempuan tu lagi, kata padanya ibu minta maaf sebab ibu bawa kamu
pergi jauh sebelum sempat dia tahu kamu dah pindah. Maafkan ibu juga ya,
Natsume”. Jadi, hasrat saya untuk ke Tokyo melonjak naik setelah saya bertemu
Ryu, kawan lama saya. Dan saya sampai ke sekolah ni..” Natsume kemudiannya
memandang Yui. “Pelik kan? Saya boleh bercerita banyak sangat kat awak tentang
dir saya. Maaflah, kalau awak rasa hidup saya membosankan..”
Yui
kemudiannya bangun dan memegang tangan Natsume. Dia mengesat air matanya. “Akhirnya,
saya jumpa Natsume balik..” Natsume mengangkat kening. Yui memeluk Natsume. “Maafkan
saya, Natsume. Saya dah cari awak di hospital, tapi doktor tak tahu awak
dipindahkan di mana. Maafkan saya Natsume. Saya Yui, girlfriend awak dulu..saya tak tahu awak berpindah ke Kyoto.
Maafkan saya. Wlaupun saya tak tahu sebab apa Natsume suka saya tapi.. saya
janji akan bantu Natsume pulihkan ingatan Natsume balik!” tekad Yui.
Natsume
merenung Yui. “Awak girlfriend saya
dulu?” Yui mengangguk. “Terima kasih sebab sudi bantu saya.”
Yui
menggelengkan kepalanya. “Takpe, sebab orang yang paling saya suka ialah
Natsume dan saya akan tolong Natsume. Jom!” Yui belari anak ke kedai crepe yang
biasa dikunjunginya dan Natsume. Mereka ke berbagai tempat di mana mereka
pernah bertemu dulu dan lain-lain lagi.
===
Petangnya,
“Yui,
terima kasih. Saya dapat rasakan sesuatu, terima kasih atas pertolongan awak...”
“Saya
harap Natsume akan pulih..” balas Yui. Natsume tersenyum dan mengenyit matanya.
“Okey!
Saya harap harapan awak jadi kenyataan! Jumpa lagi! Ada masa saya telefon
awak..”
Muka Yui
merona merah. Dia memerhati Natsume dari jauh.
Mungkin,
suatu hari nanti..awak akan dapat semula diri awak tu..rupanya, awak terpaksa
jadi pelajar tahun 1 sebab awak terlepas satu tahun untuk pembelajaran awak, susah
kan? Natsume..
===
Sejak
pertemuan Yui dan Natsume, Natsume tidak menghadirkan diri lagi ke universiti. Itu
membuatkan Yui risau. Tetapi, sejak hari tu Yui mendengar khabar angin yang
Natusme telah berpindah ke tempat lain. Hinggalah, hari graduasi Yui. Natsume
tidak pernah muncul. Ya, 3 tahun telah berlalu.
Setelah
habis kerja, Yui ke taman di mana pertama kali dia bertemu Natsume dan Natsume
meluahkan perasaannya pada Yui. Air mata Yui menitis.
Yui
menalakan pandangannya ke langit merah, petang itu. “Dah 2 tahun berlalu..awak
hilangkan diri lagi..Natsume. Awak tinggalkan saya kembali, Natsume..saya rindu
awak..” Yui jatuh terduduk ke lantai taman. Awan hitam berarak, menjadikan
petang itu mendung. Hujan turun dengan lebat seperti mana hati Yui kala itu. Pecah seperti kaca.
Tiba-tiba,
telefon Yui berdering.
“Yui-chan,
saya suka Yui-chan. Sudi tak Yui-chan jadi kekasih saya? Boleh tak saya panggil
Yui-chan, Yui je?” soal satu suara dari talian. Lidah Yui kelu.
“Ingat
tak lagi? Masa saya luahkan perasaan kat Yui? Saya telefon Yui,walaupun Yui ada
dekat je dengan saya tapi saya tetap telefon Yui..lepastu Yui pusing belakang
bila saya suruh Yui pusing belakang. Masa tu pula hujan, habis baju sekolah
kita basah...ingat lagi tak?”
Yui
berpaling dan melihat Natsume sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum.
Yui bangun dan meluru ke arah Natsume.
Yui masih lagi menangis. Natsume menyiman telefon bimbitnya ke dalam
poket.
“Maaf,
Yui. 3 tahun bukanlah masa yang pendek bagi saya, dah lama ke awak tunggu? Saya
ambil masa untuk ingat semula memori saya setelah saya tinggalkan Tokyo. Ibu
saya sakit pada hari itu juga, dan lepastu saya belajar balik di Universiti
Kyoto untuk jaga ibu dan ringankan beban ayah. Masa saya pening kepala, satu
persatu memori datang ke kepala saya, saya pengsan masa saya sedang menjaga
ibu..dan masa saya di hospital, saya mengingati segala-galanya yang berlaku”
Yui
memeluk Natsume, Natsume mengusap kepala Yui. “Gomen ne Yui(Maafkan saya Yui).
Saya tinggalkan awak banyak kali. Tapi, kali ni saya kembali semula..sebagai
Natsume yang pernah awak kenal dulu. Terima kasih sebab tunggu saya selama ni.
Sebab saya suka Yui, masa tu...lepas kelas tambahan, lepas semua orang balik.
Yui pernah menyanyi dalam kelas, ingat tak? Saya teringgal nota dan kemudian
bila saya dengar suara Yui, saya tak jadi ambil nota dan balik macam tu je.
Saya suka suara Yui, kemudian saya jatuh cinta pada pemilik suara tu..saya suka
Yui. Suka sangat kat Yui..sangat-sangat..terima kasih sebab sudi tunggu saya
selama ni..”
“Saya pun
suka Natsume! Terima kasih sebab selamatkan saya masa tu..” balas Yui. Mereka
berdua bertentang mata dan tersenyum.
“Akhirnya
Yui dah berubah, boleh pun cakap apa yang nak dikatakan dengan jujur..”
Mulai sekarang, kisah kami akan bermula kembali. Again,
sekali lagi..kadang-kadang, menunggu seseorang itu bukanlah sesuatu perkara
yang senang. Mahu mengatakan sesuatu yang jujur juga bukanlah senang, tapi
kadang-kadang seseorang perlu mengulangi sesuatu sekali lagi. Sama juga seperti
sejarah yang perlu diulangi jika dilupakan, memori adalah sesuatu yang beharga
dan perlu dikenang, ia akan terlayar di minda..jagalah memori itu sebaiknya...
-TAMAT-
Vampires is not at all like in the movies or books. Sure, I understand. You are young you have the whole world open to you. You can be anything that you choose if you apply yourself and try hard to work toward that goal. But being a Vampire is not what it seems like. It’s a life full of good, and amazing things. We are as human as you are.. It’s not what you are that counts, But how you choose to be. Do you want a life full of interesting things? Do you want to have power and influence over others? To be charming and desirable? To have wealth, health, and longevity, I can help you solve any problem you are having
BalasPadam(1) If you want your ex back.
(2) If you want to stop having bad dreams.
(3) You want to be promoted in your office.
(4) You want women/men to run after you.
(5) If you want a child.
(6) You want to be rich.
(7) You want to tie your husband/wife to be yours forever.
(8) If you need financial assistance.
(9) If you want to stop your divorce.
(10 If you want to divorce your husband.
(11) If you want your wishes to be granted.
contact the Vampires Lord on his Email: Richvampirekindom@gmail.com