From: Yui Horie
Subject( no subject)
Saya nak kita jumpa di kedai crepe lepas sekolah ya! J
Natsume! Awak belanja tau!
Natsume berpaling melihat Yui. Dia mengangkat
keningnya. Yui tersenyum ke arahnya. “Apa kena dia ni.? Hari-hari aku belanja dia makan. Suka sangat
cakap guna mesej. Tak boleh ke kalau dia ni jujur sikit?” Natsume menggaru
kepalanya. Geram juga dengan sikap Yui, kekasihnya itu. Yui suka bercakap
menggunakan mesej ataupun kertas. Dia tidak pernah bercakap dengan orang lain
selain Natsume.
Yui tidak
suka bercakap dengan orang. Gadis itu lebih suka menyendiri, kerana itulah
semua orang dalam kelas 3-A tidak rapat dengan Yui. Yui dikenali sebagai loner di dalam kelas mereka. Hanya
Natsume sahaja yang berani bercakap dengan Yui.
Natsume dan Yui telah 5 bulan bercouple. Tapi, Yui lebih suka hubungan
mereka dirahsiakan dan suaranya sahaja yang boleh didengari oleh Natsume dan
ibu bapanya.
Di dalam kelas Yui dan Natsume seperti orang asing.
Langsung tidak bercakap, berpura-pura tidak kenal antara satu sama lain.
Natsume di sekolah dikenali kerana sikapnya yang aktif dan ceria. Dia disukai
oleh ramai orang. Natsume relah menjadi pelajar tahun akhir untuk sekolah
menengah tinggi. Tahun hadapan, dia akan masuk ke universiti selepas mendapat
keputusan peperiksaan.
“Oi,
Natsume!” Ryu menghampiri Natsume yang sedang melihat telefon bimbitnya. Belum
sempat Natsume menyembunyikan apa yang dilihatnya. Ryu lebih cepat merampas
telefon bimbit Natsume dari tangannya. “Apa yang kau tengok ni?”
Natsume mahu
merampas telefon bimbitnya dari tangan Ryu tetapi Ryu lebih tangkas dan telah
berdiri di hadapan kelas. “Semua orang!
Rupa-rupanya Natsume dah ada buah hati!”
Semua
pelajar kelas 3-A berpaling ke arah Natsume. Mata Yui membuntang luas. “Apa?!
Siapa Ryu, cakaplah!!” Mariko tiba-tiba berdiri.
Ryu
tersengih. “Kalau aku cakap korang mesti percaya eh?”
“Okey!” sahut
pelajar kelas 3-A.
“Kekasih dan buah hati Natsume ialah Horie Yui.”
Semua mata memandang ke arah Yui yang sedang terkejut itu. Yui cuba menyembunyikan
mukanya dengan buku kerana malu.
“Ryu!” jerit
Natsume. Dia merenung Ryu, tajam.
“Apa?” soal
Ryu. “Yui-chan! Lain kali beritahu kitorang status kau!” Ryu berkata lagi.
Mariko
menjeling Yui. Bencinya!
“Apa kau ni Ryu?!” Natsume merampas telefon bimbitnya
dari tangan Ryu, kerana Ryu menunjukkan gambar Natsume dan Yui sedang makan
crepe bersama.
“Gomen!(Maaf)” Ryu mengenyit matanya.
“Natsume, kau
kan idola sekolah kita? Kenapa tak beritahu satus kau awal-awal?” tanya Suzuko,
ratu gosip kelas mereka. “Aku ratu gosip ni tak boleh tahu kisah korang.
Ceritalah! Pandai pula korang sembunyikan ya!”
Natsume
berpaling ke arah Yui. Yui mengemaskan barang-barangnya, mengambil begnya dan
berdiri untuk berlalu pergi dari kelas itu. “Yui!” Natsume mengejar Yui apabila
melihat gadis itu membuka pintu kelas. “Kelas tak habis lagilah! Kitakan ada
kelas tambahan! ” ujar Natsume apabila dia memegang tangan gadis itu di luar
pagar sekolah.
Yui berpaling
melihat Natsume. Empangan matanya pecah. Dia menunjukkan telefon bimbitnya pada
Natsume.
Saya malu! Mesti diorang
akan kata yang teruk-teruk pasal saya! Saya malu Natsume! Kenapa awak main
handset awak dan buka gambar saya?
“Yui...tu sebab..saya nak tengok muka awak. Saya
suka bila awak senyum..” jawab Natsume jujur.
Yui mengetap
bibir. Dia menaip ayat seterusnya.
Saya benci Natsume! Kan saya dah kata rahsia!
Hubungan kita rahsia! Kita putus!!
Natsume terpempan. Dia terkedu. “Yui..janganlah
macamni..” kata Natsume. Yui merentap kasar pergelangan tangannya. Dia mahu melintas
jalan.
“Yui! Jaga-jaga!!” Natsume menolak Yui dari lori
yang sedang meluncur laju ke arah Yui. Belum sempat Natsume menapak dari situ,
lori itu melanggar Natsume.
“Natsume!!”
Mariko yang tiba di situ menjerit.
“Natsume!” Yui menjerit. Air mata di pipinya
mengalir laju. Lori itu berhenti.
Yui mendekati Natsume. “Yui...saya minta maaf..buat
Yui malu..maaf...kan saya..Yui, sa...ya..suka..Yui..sangat-sangat. Betul saya
c..in...takan Yui..Yui..saya..tak..pernah salahkan Yui..atas...apa yang
berlaku..Yui..boleh berubah tak? Tolong jadi budak yang..c..eria dan
aktif..macam yang saya minta..ni..boleh? Saya suka Yui, sangat-sangat...” kata
Natsume sebelum menutup matanya.
Orang ramai
yang berkumpul di situ meinta pemandu lori itu menghubungi ambulans. Yui
menangis teresak-esak. “Natsume...bangunlah!” gumamnnya.
“Ni semua
salah kau, Yui!” Mariko menolak Yui setelah ambulans sampai dan membawa Natsume
pergi dan orang ramai di situ berlalu pergi. Yui hanya mendiamkan diri.
“Kau patutnya
yang kena langgar! Bukan Natsume!!” Mariko menyepak Yui menyebabkan Yui jatuh.
Mariko
kemudiannya berlalu dari situ. Yui duduk berteleku di situ. Rasa bersalah dan
sedih muncul dalam hatinya.
Gomen ne Natsume..(Maafkan saya Natsume)
Masa kemudiannya berlalu..
===
2 tahun kemudian...
Universiti Tokyo,
“Kalau kamu semua faham penerangan saya, kelas kita
setakat ni sahaja. Dan pastikan kamu siapkan assignment kamu tu. Ikut tempoh
yang diberi. Faham?” Professor Tada merenung pelajarnya.
“Faham.
Prof!” sahut mereka.
“Okey, kamu boleh pergi..” kata Professor Tada.
Semua pelajar beredar dari dewan kuliah itu kecuali seorang pelajar yang sedang
membaca buku notanya semula. Selesai membaca, pelajar berambut merah jambu
perang gitu, bermata kuning, berhidung mancung dan berkulit putih itu
menghampiri Professor Tada dan membongkokka badannya untuk menunduk.
“Prof! Terima
kasih!” katanya sebelum pergi.
“Sama-sama..”
===
“Tu senior
Yui, kan?”
“Cepatlah confess,
dia dah keluar dari kelas dah!” kata seorang gadis, menggesa pemuda di sebelahnya
untuk mendekati senior Yui.
“Senpai!(Senior) boleh kita cakap sikit? Dua
orang je..hanya kita..di kafe nak?” soal pemuda yang bernama Hotaru pada Yui
Horie. Seorang senior yang popular di
universiti. Yui sangat popular kerana dia adalah setiausaha Kelab Bebas dan
aktif dalam berbagai perkara, dia juga ramah dan disukai ramai dan paling
penting, dia sangat ceria dan suka bertegur sapa dengan kohai(junior) atau senior. , kelab yang aktif dan pelajarnya bebas melakukan aktiviti
apa. Aktiviti yang akan dianjurkan pula seperti berkhemah tiga hari dua malam
atau makan BBQ bersama dan lain-lain lagi.
“Kamu pelajar tahun 1, kan?” soal Yui.
“Ya, senpai..pelajar tahun 2 kan?” Yui mengangguk.
“Kenapa?” soal Yui pula.
“Jom ke kafe..kita berdua je..” Hotaru mengenggam
tangannya.
“Buat apa?”Yui mengangkat kening. Hotaru menundukkan
wajahnya. Terasa ramai pula mata yang memandang dia dan Yui. Ada orang
berbisik-bisik, namun dapat dia dengari dengan jelas bisikan mereka.
“Ada budak
nak luahkan perasaan kat Yui ke?”
“Lagi sekali? Budak tu takkan diterimalah oleh Yui!”
“Hotaru ke? Ish, takkan Yui nak terima dia..”
“Hotaru jom ke kafe! Saya belanja..” Yui kemudiannya
berjalan ke kafe. Hotaru hanya membuntuti langkah Yui ke kafe.
===
Di Kafe,
“Apa awak nak cakap?” Yui bertanya sebelum meneguk
minumannya denag rakus kerana dahaga.
“Saya suka
senpai. Senpai, sudi tak senpai jadi kekasih saya?” soal Hotaru. Yui yang
sememangnya biasa ditanya soalan begitu menjawab.
“Maaf,
Hotaru. Saya tak boleh terima cinta awak...”
“Kenapa?”
Hotaru bertanya lagi.
Yui terkedu. Dia hanya tersenyum. “Itu...awak tak
perlu tahu..” balas Yui. Sebelum pergi dari situ Yui berkata kepada Hotaru.
“Maaf ya, carilah orang lain. Maaf..”
“Senpai...”
“Aku dah kata
senpai takkan terima. Abang aku tu, tak dapat langsung senpai..lupakan jelah
senpai”
===
Yui merenung langit malam, “Natsume..” dia merenung
bulan yang sedang bercahaya. “Hari ni..saya sakitkan hati orang lagi. Saya
tolak cinta mereka. Betul ke apa yang saya buat? Hari ni..macam mana perubahan
saya? Natsume...saya harap awak boleh jawab soalan saya..” gumam Yui. Air mata mengalir perlahan-lahan
di pipinya.
Memori dua tahun lalu terkenang di layar
fikirannya. Masih lagi dirasai hingga ke hari ini...
===
2 tahun lalu,
Di rumah Yui,
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Yui. Yui jatuh
terjelopok ke lantai. “Mama..” empangan air mata Yui pecah lagi.
“Yui! Kenapa
Yui buat macamtu pada Natsume?” soal Puan Ringo setelah Yui menceritakan
segala-galanya pada ibu bapanya.
“Yui..malu..”
“Sebab tu je
ke? Jawab Yui!” Puan Ringo bercekak pinggang. Air mata di pipinya dikesat.
Masih lagi Puan Ringo ingat, pertemuannya dengan Natsume yang sentiasa ceria
itu. Natsume sangat baik dan kelakar.
“Puan nak saya bantu puan ke?” soal Natsume.
“Terima kasih..” kata Puan Ringo kepada
Natsume yang sedang menolongnya mengutip barang dapur yang dibelinya. Barang
dapur yang dibelinya keluar dari plastik kerana plastik itu bocor.
“Sama-sama!” Natsume mengenyit matanya. Belum
sempat Natsume pergi dari situ telefon bimbitnya terjatuh. Puan Ringo melihat
wallpaper telefon bimbit Natsume.
“Nak, telefon kamu..” kata Puan Ringo pada
Natsume.
“Oh..terima kasih.” ucap Natsume pada Puan
Ringo.
“Gambar
budak perempuan ni...” belum sempat Puan Ringo menghabiskan ayatnya Natsume
memotong percakapannya.
“Ya. Cantik dia kan? Dia girlfriend
saya..tapi, dia seorang yang pendiam. Kami rancang nak masuk ke Universiti
Tokyo sama-sama selepas habis tahun ke 3 sekolah menengah tinggi ni..” Natsume
menunjukkan Puan Ringo gambar Yui. “Namanya Horie Yui..”
“Dia..anak..mak cik..”
“Eh?!” mata Natsume terbuntang luas.
“Takpe.
Tolong jaga dia ya..”
“Natsume.
Nama saya Takada Natsume!” jawab Natsume dengan senyuman. “Saya janji, yang
saya takkan sakitkan hati Yui! Mak cik boleh percayakan saya!”
“Mak kenal
Natsume?” soal Yui setelah Puan Ringo menceritakan pertemuannya dengan Natsume.
“Dia yang
cerita pada mak yang kamu girlfriend
dia. Mulanya, dia tak tahu mak ni mak kamu. Lepas tu, telefon dia jatuh. Mak
tolong ambil dan nampak gambar kamu..”
Yui terkedu.
Dia menundukkan wajahnya. “Yui. Sebab sekelas tahu yang kamu couple dengan dia je ke? Yui...tu
perkara biasa..”
“Yui..ikut
perasaan..” jawab Yui lambat-lambat.
“Macam mana
kita nak beritahu pada ibu bapa dia?” tanya Puan Ringo kepada Encik Horie.
“Kita ke
hospital dulu, tengok. Cuba cakap dan terangkan apa yang berlaku pada keluarga
Takada..”
Setelah
mereka sampai di hospital dan Yui menerangkan segala-galanya pada Encik Takada
dan Puan Akemi, doktor keluar dari ICU.
“Doktor,
macam mana dengan anak saya?” soal Puan Akemi pada doktor itu.
“Maaf, puan. Anak puan...kami tak yakin dia boleh
buka matanya semula. Tapi, 70 peratus kemungkinan Natsume akan koma
selama-lamanya. 30 peratus lagi, mungkin dia ada harapan untuk sembuh
kembali..tapi kami takut akan ada side
effect..”
Puan Akemi
pengsan tiba-tiba. Dunia Yui menjadi gelap pada malam itu juga. Yui meraupkan
tangannya ke wajah. Air matanya tidak berhenti mengalir selepas itu.
Sejak hari
itu, Encik Takada dan keluarganya berpindah ke tempat lain. Natsume juga
dipindahkan ke hospital lain. Apabila Yui mahu mengetahui hospital mana Natsume
dipindahkan, jururawat dan doktor bertugas mengatakan tidak tahu Natsume
dipindahkan ke mana.
Setelah itu,
Yui kembali ke sekolah untuk belajar. Walaupun keputusan mata pelajarannya
baik, Yui seperti patung, dia tidak lagi mempunyai emosi dan tidak mahu
bercakap dengan sesiapa. Apabila Yui berselisih dengan Mariko gadis itu akan
menjelingnya. Mariko tidak lagi ceria dan suka tersenyum malah dia melepaskan
kemarahannya pada orang lain. Dia menjadi panas baran dan suka marah-marah. Itu
membuatkan orang memanggil Mariko dengan gelaran
Black Raven. Mariko
juga menjadi seorang loner. Entah
kenapa Yui tidak tahu, apa yang pasti gadis itu menyimpan perasaan terhadap
Natsume. Tetapi, ramai gadis yang menyukai Natsume, tidak bersikap seperti
Mariko tetapi apabila mereka bertemu dengan Yui, mereka pasti akan mengenakan
Yui setelah mendengar Yui adalah kekasih Natsume,
Setelah tamat sekolah menengah dan mendapat
keputusan cemerlang, Yui memilih untuk belajar di Universiti Tokyo. Di sana Yui
merubah sikapnya dengan sikap seorang gadis yang ceria, aktif, suka tersenyum,
baik hati dan lain-lain lagi. Walaupun
luka lama merobek hatinya ketika dia mengingati kembali memori bersama
Natsume dan memori 2 tahun lalu. Namun itu semua di simpan jauh kerana
kata-kata yang Natsume pernah katakan padanya.
Yui...saya
minta maaf..buat Yui malu..maaf...kan saya..Yui,
sa...ya..suka..Yui..sangat-sangat. Betul saya c..in...takan
Yui..Yui..saya..tak..pernah salahkan Yui..atas...apa yang berlaku..Yui..boleh
berubah tak? Tolong jadi budak yang..c..eria dan aktif..macam yang saya
minta..ni..boleh? Saya suka Yui, sangat-sangat...”
Hanya kerana permintaan Natsume Yui sanggup
memakai topeng. Selepas masuk ke universiti dan merubah sikapnya, Yui menjadi
popular. Ramai pemuda yang meluahkan perasaan kepada Yui tetapi Yui tidak
menerima mereka sebagai kekasih. Bagi Yui, hanya Natsume yang betul-betul layak
menjadi kekasihnya dan nama Natsume juga terukir di hatinya, kini dan
selamanya. Walaupun Yui tidak tahu sama ada Natsume hidup ataupun telah mati
sekarang namun Yui berharap agar Natsume mengingati dirinya..
Untuk selamanya,
seperti apa yang pernah dijanjikan mereka dulu...
===
“Yui!” Kojiharu
memanggil Yui.
“Ada apa Kojiharu?”
soal Yui, tersenyum melihat Kojiharu yang sentiasa mempunyai cerita untuk
dikongsi dengannya. Kojiharu ialah kawan baik Yui setelah Yui masuk ke
universiti.
“Dengar cerita tak?”
Yui menggeleng. Kenapa Kojiharu teruja
sangat ni? “Ada junior barulah! Dia
datang pertengahan bulan sebab keluarga dan dia berpindah dari Universiti
Kyoto..”
Yui menghela nafasnya.
Patut pun..
“Kacak ke?” soal Yui, berbasa-basi.
“Kacak! Namanya Takada
Natsume!” jawab Kojiharu. Mata Yui membuntang luas, dia memeluk badannya yang
tiba-tiba berasa seram sejuk.
“Taka...da Natsu..me?”
Yui menutup matanya. Pandangannya gelap/
Tak mungkin dia...kan?
“Yui!” Kojiharu
menjerit apabila melihat Yui yang telah pengsan. Kenapa dengan Yui ni?
===
Matanya dibuka
perlahan-lahan.. “Yui!” Kojiharu mendapatkan Yui yang sedang berjalan menghampirinya.
“Kojiharu..kenapa saya
boleh pengsan ni?” soal Yui pada Kojiharu.
“Bila saya sebut nama
budak tahun 1 tu awak pengsan. Takada Natsume namanya. Kenapa?” tanya Kojiharu,
pelik dengan sikap Yui. Yui menggeleng kepalanya.
“Takde apa-apa. Cuma...teringatkan kenangan
lama..” balas Yui.
“Kenangan lama?”
Kojiharu mengangkat kening. “Awak pernah ada boyfriend yang namanya Takada
Natsume ke?” soal Kojiharu.
“Eh! Takde!” bohong Yui.
“Ya ke?” Kojiharu dapat mengesan sesuatu. “Beritahulah saya Yui!” desak
Kojiharu.
“Tolong simpan rahsia..kalau saya cerita ni kat awak okey?”
“Okey..”
Kojiharu mengangkat tangan kanannya seperti orang yang mahu membaca ikrar. “Saya
janji!”
“Kalau boleh saya nak masa tu diulang sekali lagi..kalau tak saya takkan
menyesal macam sekarang ni..” kata Yui. Air mata bergenang di tubir matanya.
“Menyesal?” Kojiharu mengangkat kening.
“Ceritanya macam ni..” Yui menceritakan
segala-galanya pada Kojiharu tentang
masa silamnya.
“Jadi...awak ubah sikap awak..kerana dia ya?”
soal Kojiharu. Yui mengangguk. “Saya rasa sedih sangat bila dengar kisah awak
Yui..macam mana rupa Natsume? Ada gambar tak..”
“Ada..tapi yang 2 tahun lalu..”Yui
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar Natsume. Mata Kojiharu
membuntang luas.
“Yui..dia nilah Takada Natsume tu! Budak tahun 1 tu!” kata Kojiharu.
“Betul ke?” tanya Yui.
“Ya, betul! Saya nampak dia tadi..”
kata Kojiharu yakin.
“Jom pergi cari dia Kojiharu!” ajak Yui.
“Okey!” Kojiharu membuntuti langkah Yui.
pendeknya...cam tergantung je...
BalasPadamAda part 2 lagj kan.
BalasPadamha'ah. nanti saya sambung part 2. TQ sebab baca :)
BalasPadamVampires is not at all like in the movies or books. Sure, I understand. You are young you have the whole world open to you. You can be anything that you choose if you apply yourself and try hard to work toward that goal. But being a Vampire is not what it seems like. It’s a life full of good, and amazing things. We are as human as you are.. It’s not what you are that counts, But how you choose to be. Do you want a life full of interesting things? Do you want to have power and influence over others? To be charming and desirable? To have wealth, health, and longevity, I can help you solve any problem you are having
BalasPadam(1) If you want your ex back.
(2) If you want to stop having bad dreams.
(3) You want to be promoted in your office.
(4) You want women/men to run after you.
(5) If you want a child.
(6) You want to be rich.
(7) You want to tie your husband/wife to be yours forever.
(8) If you need financial assistance.
(9) If you want to stop your divorce.
(10 If you want to divorce your husband.
(11) If you want your wishes to be granted.
contact the Vampires Lord on his Email: Richvampirekindom@gmail.com