Nakama

Rabu, 28 Disember 2016

Novel : I Love You, Vampire! 58


“Tentulah sayang,” jawab Airil. “Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal tomboy ni, makin sayang adalah.” Airil tersenyum segaris. Pemuda itu mengusap lembut pipi Danny. Pipinya basah dek air mata yang berlinangan.

“Cinta?”

Airil tersenyum. “Cinta.”

“Tipu.” Balas Danny. Gadis tomboi itu bingkas bangun dari duduknya. Dia tidak percaya apa yang diungkapkan oleh Airil. Kalau itu benar, mungkin hati Danny sendiri tak tertanggung kerana cinta pada pemuda itu. Namun, Airil cintakan Dania dan bukan dirinya.

Jika wajahnya sama dengan Dania, sebaiknya dia tidak tidur di siang hari. Danny bimbang dia kecewa. Lagipun, dia hanya palsu, kewujudannya direka dan dia ada tempoh tamat. Cuma, dirinya sendiri tidak tahu bila akan berakhir.

“Memang betul, saya cintakan Dania. Tapi, itu suatu masa dulu. Sekarang ni saya jumpa awak, bukan dia. Jadi, saya pernah cintakan Dania, Danny. Walaupun malu nak mengaku, saya cintakan awak.”

“Tapi, tak mungkin…” Mtaa Danny membuntang luas. Bibirnya berketar, menahan rasa gembira di dalam hati. Perasaannya kala itu seperi anak sungai yang mengalir ke laut seolah-olah tidak akan habis. Hatinya yang membengkak pilu seolah boleh dipulihkan dengan kata yang terungkap. Namun, sebahagian hatinya bagai memakan diri. Dia bimbang terluka.

“Biar saya habis cakap.” Ujar Airil tegas. “Saya tak suka awak pada mulanya. Tapi, sebab salah saya sendiri kita kahwin. Sepanjang perkahinan kita, saya suka tengok watak awak yang tenang dan bersahaja. Jujur saya cakap, kadang-kadang saya tengok awak macam lelaki pun ada sebab awak cool sangat. Mulut awak pun bukan main celupar, apa lagi ya?” 

Airil mengerutkan dahi, berfikir mengenai Danny. “Awak terlalu jujur, cepat naik darah, kalau awak tak suka orang tu, awak zahirkan depan-depan je. Tambahan pula, kalau awak marah, muka awak merah. Kalau malu pun merah. Saya rasa itu yang membuatkan awak menarik dan comel. Tu bukan yang membuatkan saya jatuh cinta kepada awak. Ada sebab lain, tapi saya simpan rahsia ni dulu. Bila semua ni selesai, saya janji akan beritahu awak.”

Airil memandang raut wajah Danny. Dia terkesima. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa bertiup perlahan. Cahaya bulan membiasi mereka di dalam kegelapan malam. Melalui cahaya itu, Airil dapat melihat sebuah senyuman terhias di wajah Danny. Kedengaran sayup di telinganya suara Danny yang dibawa angin, “Saya pegang janji awak.”

Mereka berdua beriringan masuk ke dalam istana. Sepanajng perjalanan, Airil memegang tangan Danny, erat. Seakan-akan bimbang Danny akan hilang dalam sekelip mata, bak kaca yang pecah berderai apabila jatuh ke bumi.





Jam menunjukkan pukul 1 pagi ketika Dania terjaga daripada tidurnya. Air mata mengalir di pipinya. Ya, dia mendengar dan melihat apa yang berlaku antara Airil dan Danny.

Perlahan-lahan, dia bangkit dari katil dan melihat pantulannya di dalam cermin. Kelihatan seorang gadis 12 tahun memandangnya kembali. Dania melihat cermin itu dengan wajah yang sugul. Air mata di tubir mata dilap dengan lengan baju tidurnya yang bearna putih.

“Aku terlambat…10 tahun dah mengubah segalanya.”

Dia terduduk di atas lantai. Wajahnya disembamkan ke lutut. Rasa kesal menghantui diri. Dia teresak sendiri.

Marina terdengar esakan anak saudaranya ketika lalu di koridor. Dia menguak daun pintu bilik Dania. Wanita itu menghela nafas berat apabila mendengar tangis Dania. Berulang kali gadis itu mengulang, “Aku terlambat…” dan “10 tahun.”. Hatinya bagaikan ditarik oleh besi kemudian dirobek-robek sehingga nampak isinya.

Marina teringat dirinya menangis di masa silam kehilangan orang-orang tersayang. Betapa sunyi dirinya kelihatan. Bagaikan separuh mati apabila mengenangkan dia tidak dapat mati apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri dengan pelbagai cara.

Dia menemui jalan buntu. Terasa masa depannya kelam.

Kini, dia berasa menyesal. Namun masa tidak boleh berputar kembali. Ia bergerak ke hadapan, kekal begitu.

“Maaf.” Bisik Maria Marina dari kejauhan.

Dia masuk ke dalam bilik itu dan menghampiri anak saudaranya. Perasaan benci cuba diketepikan. Dendam cuba dilupakan.

Tangannya memeluk erat gadis itu. Gadis yang telah dia rosakkan masa hadapannya.

“Dah…jangan nangis…” pujuknya.




Hari ketiga misi mereka bermula, Airil dan Danny masih lagi berada di dalam perpustakaan. Banyak buku di atas meja.

Danny mengeluh apabila kelihatan banyak artikel beberapa tahun dahulu tentang kematian misteri. Matanya terpandang sebuah peta yang dilekatkan di buku tersebut. Dia menarik peta itu.

“Apa tu?” Soal Airil apabila dia mendengar Danny batuk.

“Hmm…” Gadis itu membuka peta itu. “Nampak lama…tapi ni peta Bandar Lista yang lama. Multitumn dah rekod ni untuk tempoh yang lama…”

“Tragedi banjir darah tu di Bandar Qravier, kan?” Airil bertanya apabila melihat sesuatu di barat peta. Sekilas, dia melihat Danny mengangguk.

“Ni, Qravier…” Airil menghalakan jari telunjuknya di peta itu. Peta yang mulanya dipegang Danny diletakkan di atas meja.

Mata mereka berdua memerhatikan jalan ke Qravier. “Ni….dekat dengan rumah anak yatim Dania dulu. Tapi, rumah anak yatim ni dah ditutup. Seingat saya…kawasan ni hutan….”

“Ini bandar yang hilang, Danny.” Jawab Airil. “Multitumn dikenali kerana beberapa buah bandar yang hilang dalam peta. Sejarah pun mencatatkan tu. Tapi, yang beri impak pada negara ni, Qravier. Dulu, Qravier salah satu penyumbang kepada kemajuan negara ni sebab ramai saintis datang ke sini untuk mencipta teknologi baru. Lagipun, ia dikenali sebagain bandar buku. Banyak buku di sini.”

“Oh,” Danny mengangguk. Airil berpengetahuan tentang Qravier. Mesti dari buku-buku yang dibacanya. “Sayangnya bandar ni diabaikan begitu sahaja sebab tragedi tu.”

“OOTPS di sini, kan? Isabella kata itu ibu pejabat vampire hunter dan vampire killer. Kalau kita pergi ke Qravier, tentu kita dapat jumpa klu sedikit sebanyak. Lagipun, mungkin kita akan jumpa Maria Thoughts? Ada harapan kan?”

Airil diam sejenak. Berkira-kira adakah perlu untuk ke Qravier. Mungkin ada bahaya yang mengundang. Apabila berfikir tentang masa depan Cursed Vampires, hatinya nekad menyahut cabaran itu.

“Baik…kita akan ke Qravier. Bersiap dalam masa dua hari. Sebelum kita pergi, pastikan yang kita bersedia secukupnya. Mana tahu, ada bahaya yang menanti. Air yang tenang jangan disangka ada buaya.” Putus Airil, kembali memerhati peta lama itu.


“Aye aye, captain!” Danny menjawab dengan bertenaga.



____________________________________________________


Assalamualaikum, I'm back! 

Firstly, saya minta maaf kerana semua menunggu cerita ni dalam masa yang lama. Sebagaimana yang semua tahu, saya memang baru (habis lama dah) SPM. Saya dalam proses rehat sementara menunggu result. Doakan saya straight A, ya. Amiin. Saya cuba tenangkan minda sebab mana orang yang tak stres dengan periksa, kan? Semua ada dalam dunia ni. Study je pun tak boleh, enjoy jugak. 

Lagipun, masa saya sekolah dulu, banyak gila kelas tambahan, rasa nak give up tu ada. Sampaikan tiga kali dlm masa tu (tahun ni - 2016) saya rasa macam nk give up sekolah. Takde feel nak gi sekolah sbb byk sgt kerja, tambah dgn tekanan dari pihak atasan. Sampaikan dlm hati sendiri pinta kalau boleh sehari je saya nak rehat, tak nak buat kerja, tak nak study. Saya nak kosong je. Lagipun, saya tgh brlawan dgn rasa rindu nak tulis cerita masa tu. Rasa kepala mcm nk pecah. Tapi, alhamdulillah hidup lagi. Nasib saya tak give up. Terima kasih dan bersyukur sgt sbb orang trsayang ada kt sisi, tk putus2 ucap jangan give up walaupun saya rasa nak nangis dan meraung sbb memang rasa stres gila. Kelas tambahan masa hari cuti, sampai petang - nak meraung pun ada. Tapi, tu semua akan dikenangkan, tulah pengorbananan. Terima kasih cikgu, sedia meluangkan masa ajar kami dgn bersungguh2. Pengorbanan tu tak ternilai untuk tengok anak murid berjaya.

Sekarang saya rasa saya dah cukup rehat, writer block pun tak ada. Insha Allah cerita ni boleh disambung. 

Secondly, apabila saya post chapter, tolong...saya minta tolong...jgn komen "Sambung lagi..." mcm tu je. Bukan macam tu, saya bersyukur awak semua sentiasa baca dan sokong ILYV dan novel saya. Terima kasih sgt2. Cuma apabila awak komen "sambung lagi..." bila saya baca komen tu macam takde feel sebab saya nak tahu chapter tu teruk ke, ok ke , sederhana ke, bad ke.

Bila seorang penulis menulis karyanya, tak kira apa2. Satu komen yg menggambarkan ttg apa yg ditulis sebenarnya dpt mmbahagiakan dia sbb dia tahu pembaca yg komen ttg karyanya tu sudut pandangan dia, dia dpt rasa feelings like happy, sad atau dia boleh cuba untuk baiki kelemahan dia. Dia dpt rasa diri dia dihargai. Tapi, jgnlah komen yg hodoh2, yg dapat buatkan seseorang give up. Itu saja nak sakitkan hati namanya.

Kalau awak tak pandai komen, awak boleh start kata, ex:

"Ok, karakter ni kelakar...lagi-lagi masa dia jatuh tergelincir kulit pisang..."

"Oh, babak tu sedih sbb...si A tu cakap mcm tu kat si B blax3....pastu ayat awak guna tu trlalu gramatis...."

"Saya tak suka la dia tu sbb....ah...dia tu mengada...."

"Awak salah eja kat sini...."

"Saya rasa plot ni terlalu cepat la sbb...."

"Terima kasih sbb update chapter. Saya akan sentiasa menunggu update awk. Karakter ni sgt beri kesan pada saya...."

Ni cuma CONTOH. Diulangi CONTOH. 

Setiap org ada stail trsendiri untuk melihat penulisan dari sudut berbeza.

Saya minta maaf kalau ada yg terasa baca coretan saya. Saya minta maaf sgt2. Jgn ambil ke hati, kita sama2 perbaiki kelemahan kita. Awak baiki kelemahan saya, saya mungkin boleh baiki sudut pemikiran awak atau habit. Tapi, saya tak pasti ttg hal ni. Yg penting, kita sama2 berusaha.

Thirdly, terima kasih atas yg memahami keadaan saya. Terima kasih yang sudi baca coretan pendek saya. Saya minta maaf atas kesilapan saya sendiri.

Saya harap awak semua akan enjoy baca.

Minta maaf dan terima kasih sekali lagi.


PS:
 Chapter kali ni terlalu jiwang. Selamat kembali ke tahun 2017 bagi yang bersekolah. buat yang terbaik untuk masa depan. Bagi yang tak, tanamkan diri dgn azam baru dan cuba perbaiki diri. Sama2 kita berusaha!

-Coklat Libra

















1 ulasan:

  1. FUYO!! Airil syg danny
    Puhahaha...untung La haha
    Me spm this year

    BalasPadam