Nakama

Isnin, 9 Disember 2013

Novel: I Love You, Vampire! 1

Bab 1

Kawasan parkir kereta di kolej tersebut lengang. Beberapa orang pelajar menghampiri pondok pengawal.

  "Pak Mad! Kitorang nak keluar ni..." seorang remaja memberitahu. Pak Mad, selaku pengawal keselamatan di kolej tersebut memerhati satu per satu wajah pelar-pelajar tersebut. Dia menghulurkan sebuah buku log dan sebatang pen.

  "Tulis nama. Balik sebelum pukul sebelas. Faham?" tegas Pak Mad bertanya. Pelajar-pelajar tersebut mengangguk faham.

******

"Lega, lega!" ujar satu suara. Pelajar-pelajar tersebut berjalan. Riuh suara mereka kedengaran sepanjang mereka berjalan.

  "Oi, Hazmi! Kita nak lepak kat mana ni?" tanya seorang pemuda bertopi.

  "Ala! Macamlah dia tak tahu. Malam ni tempat barulah bro! Tempat yang kau rekomen hari tu!" jawab Hazmi selamba. Dia berpaling melihat ketua kumpulannya.

  "Danny! apa pasal kau tanya?" tanya Hazmi, kuat. Melawan deruman enjin kenderaan yang lalu lalang.

  "Saja je. Aku punya pasallah. Apa? Aku takleh tanya ke?" perli Danny. Mengangkat keningnya.

  "Boleh je.." jawab Hazmi acuh tak acuh. Kumpulan mereka di kolej dikenali sebagai SmartNaughty ataupun aliasnya SN. Mereka mendapat gelaran ini kerana sikap mereka yang nakal dan suka mengacau orang terutama sekali budak perempuan. Ketua mereka, Danny. Seorang anak yatim piatu dan sangat nakal kerana sering mengusik pelajar perempuan, ahli kumpulannya sikit-sikit sahaja mengacau anak dara orang. Tetapi, kumpulan mereka top six dalam senarai pelajar cemerlang. Dalam kumpulan SN otak Danny sahajalah yang memang macam genius. Tak payah fikir, dapat selalu dah...itulah ayat yang sering Hazmi katakan padanya.

  "Stop! Korang, dengar sini kejap.." lima ahli SN berhenti, mendengar arahan veto Danny.

  "Kita beli fast food di Pizza Hut lepastu makan dekat tempat yang member kita ni cakap. Alright?" putus Danny, matanya meliar ke arah wajah-wajah ahli kumpulan SN. Mahu mendengar persetujuan mereka.

  "Kitorang okey je bos!" jawab mereka serentak. Danny senyum, berjalan ke arah deretan kedai. Sampai di Pizza Hut, mereka membungkus pizza hawaiian supreme, chicken supreme, mushroom soup dan air pepsi.

  Mereka berjalan ke taman. Menuju ke arah sebuah gudang lama yang ditinggalkan. Sofa dan meja lengkap di dalam. Cuma berhabuk, dengan sawang labah-labahnya, dengan kotak yang digerit tikus dan lain-lain lagi. Keadaan di dalam gudnag tersebut langsung tidak terurus apabila Hazmi membuka mangga. Terdapat sisa makanan dan lilin-lilin yang berselerakan di atas lantai.

  "Macam mana boleh bersepah macamni?! Hazmi, kau kata kau dah kemas tempat ni, ni apa beb? Calap tak serupa bikin! Bersepah semacam aku tengok!" marah Danny geram. Dia sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan. Hazmi, Badrul, Amir, Amin dan Zizi terdiam. Yang ada cuma kesunyian.

  "Bos, kitornag memang dah kemas. Betul tak korang?" Hazmi menoleh ke arah ahli-ahli SN. Mereka mengangguk.

  "Betul ni?" Danny ingin kepastian. Mereka mengangguk. "Okey. Aku percayakan korang sebab dah lama aku kenal korang. Takpelah, jom makan, aku nak basuh tangan dulu ni.." ujar Danny, acuh tak acuh. Dia berlalu ke belakang, membasuh tangan. Sewaktu berjalan menghampiri sinki dia terdengar bunyi angin seperti menolak sesuatu ataupun lebih tepat bunyi sesuatu yang hendak roboh. Tiba-tiba, selepas Danny membasuh tangan. Tiba-tiba pintu belakang terjatuh. Nasib baik Danny sempat mengelak, kalau tidak tentu sudah patah riuk tulangnya dan terpaksa makan makanan bervitamin lagi berkhasiat di hospital.

  Ahli-ahli SN bergegas mendekati Danny yang sedang mengurut-ngurut kaki kanannya. "Oi, kau okey tak?" tanya Amir.

  "Okey, kaki kanan ni ha.Terseliuh sikit, tapi takpelah small matter.." Danny bangun. Topinya yang jatuh sewaktu dia melompat ala ala atlet lompat jauh dikibasnya.

  "Okeylah, kitorang nak basuh tangan dulu.." Amin segera berlalu ke sinki diikuti ahli SN yang lain. Danny mengerling pintu yang jatuh. Dia menghampiri pintu itu. Engselnya Danny pegang dan lihat.

  "Aku tengok engsel ni, takdelah berkarat mana. Gudang ni pun baru je 5 tahun terbiar kat sini..takkanlah cepat sangat tak tahan kalau tak mesti dah roboh..hmm. Aku kena siasat ni! Tak ada angin, tak ada ribut.Pintu tu jatuh!" tekad Danny perlahan. Dia ke depan, mahu makan banyak-banyak. Legakan hati.

******
"Korang aku nak tanya ni.." Danny memegang topinya. Ahli kumpulannya angkat muka. Hazmi segera meletakkan sup cendawan yang masih lagi panas, belum sempat hirup lagi..Danny dah potong line!

  "Apa dia, bos?" tanya Zizi.

  "Ada tak benda pelik berlaku kebelakangan ni?" tanya Danny. Ahli kumpulannya saling berpandangan. Hazmi mengangguk.

  "Ada, bos. Tiga kes..pasal kematian tiga orang gadis, hilahng darah. Punca kematian, gigitan di leher. Orang kata, vampire punya angkara.." jawab Amin. Danny ketawa terbahak-bahak.

  "Habis tu, korang percaya pasal vampire ek? Oi! Cerita dongeng je tu. Kah..kah...kah..lawak betul. Dah besar panjang percaya lagi benda macam tu!" sindir Danny. Geli hatinya melihat riak wajah ahli-ahli SN yang ketakutan. Ahli-ahli SN membuat muka seposen. Mereka berbisik.

  "Amboi, tak ingat dunia gelak!" Badrul mencebik.

  "Orang nak terang punyalah takut, dia pergi gelak! Gila" gerutu Amin.

  "Alah..dia tu, berlagak cool. Macamlah korang tak tahu. Tapi, bila jumpa tikus ke, lipas ke, cicak mapus ke cari kita juga. Action lebih!" Amir mengomen, buat gaya muntah.

  "Kalau dia kena baru tahu! Aku nak nyanyi lagu macam ni kat dia. Padan muka...padan muka..itulah..tak percaya lagi..." Zizi membuat gaya padan muka yang akan ditunjukkan pada Danny, mungkin. Apabila, Danny percaya pada kata-kata mereka.

  "Yalah kan..padan muka, maklumlahkan...takutnya mengalahkan perempu...adoi!" Hazmi mengaduh. Amboi! Si Danny dah bercekak pinggang, apa yang dibaling Danny ialah kotak pizza yang dicarik-carik kemudian digumpal menjadi bola.

  "Amboi, sedapnya korang mengata aku! Gosip panas lah ni ya..Hazmi, nanti kau..kau sebut perempuan memang aku bagi kau pelengkung special punya..dan aku lenyek kau karang!" mata Danny membuntang luas.

  "Relaxlah beb! Kitorang gurau je.." balas Hazmi.

  "Apa relax-relax. Amboi, suara kau bukan main kuat lagi bila mengutuk aku. Depan pensyarah, nak buat presentetion tergagap-gagap, pastu dahlah suara kau tu macam kentut dalam kain aje!!" tempelak Danny. Hazmi ketawa.

  "Ala! Tak sportinglah kau ni! Kerek la kau ni!" gurau Hazmi. Danny ketawa begitu juga dengan ahli-ahli SN. Malam masih muda...masa berlalu semakin pantas.

1 ulasan:

  1. Vampires is not at all like in the movies or books. Sure, I understand. You are young you have the whole world open to you. You can be anything that you choose if you apply yourself and try hard to work toward that goal. But being a Vampire is not what it seems like. It’s a life full of good, and amazing things. We are as human as you are.. It’s not what you are that counts, But how you choose to be. Do you want a life full of interesting things? Do you want to have power and influence over others? To be charming and desirable? To have wealth, health, and longevity, I can help you solve any problem you are having
    (1) If you want your ex back.
    (2) If you want to stop having bad dreams.
    (3) You want to be promoted in your office.
    (4) You want women/men to run after you.
    (5) If you want a child.
    (6) You want to be rich.
    (7) You want to tie your husband/wife to be yours forever.
    (8) If you need financial assistance.
    (9) If you want to stop your divorce.
    (10 If you want to divorce your husband.
    (11) If you want your wishes to be granted.
    contact the Vampires Lord on his Email: Richvampirekindom@gmail.com

    BalasPadam